TikTok Punya Pasal, Dua Remaja Ini Cari Maut Terjun Jambatan

Sengaja cari padah, itulah apa yang dapat diperkatakan mengenai perbuatan dua remaja lelaki ini. Mereka bertindak terjun dari sebuah jambatan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka hilang. Rakannya pula berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian di negeri Uttar Pradesh, India itu.

Menurut pihak polis, perbuatan kedua-dua remaja berusia 19 tahun itu turut dirakam untuk dimuat naik di aplikasi TikTok.

Insiden ini berlaku di daerah Deoria di bandar Gorakhpur pada Selasa. Mangsa yang terselemat dikenali sebagai Danish, manakala seorang lagi yang hilang dikenali sebagai Ashique.

Operasi mencari mangsa kini sedang giat dijalankan. Malah, ia turut melibatkan pasukan penyelam bomba.

Pada bulan April lalu, kerajaan India dilaporkan meminta Apple dan Google untuk menyekat aplikasi TikTok sebaik sahaja mahkamah tinggi di Madras mengeluarkan amaran bahawa ia boleh mendedahkan kanak-kanak terhadap pedofilia, kandungan lucah dan juga buli siber.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca