Sebuah syarikat logistik terkemuka, AIRMARINE Malaysia (MALAYSIA) Sdn. Bhd. telah tampil ke hadapan untuk merancakkan lagi saingan bola sepak yang membabitkan skuad kebangsaan dengan memperkenalkan kejohanan Piala AIRMARINE. Ia akan berlangsung pada 20 dan 23 Mac 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kejohanan edisi sulung ini akan menampilkan Malaysia selaku tuan rumah, Singapura, Oman dan juga Afghanistan yang akan berentap pada kejohanan yang diadakan pada kalendar perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Piala AIRMARINE 2019 ini dianggap sebagai platform untuk memberi saingan yang lebih kompetitif buat pasukan kebangsaan bagi memanfaatkan kalendar perlawanan antarabangsa FIFA untuk meraih seberapa banyak pendedahan dan juga mata untuk memperbaiki kedudukan di dalam ranking antarabangsa FIFA.
Sejajar dengan pelan hala tuju pembangunan bola sepak selama 12 tahun atau dikenali sebagai F.30 yang diperkenalkan oleh FAM, Piala AIRMARINE 2019 akan menjadi titik permulaan untuk pelan jangka masa panjang bola sepak negara bagi membawa skuad kebangsaan ke satu tahap yang lebih tinggi.
Tiket untuk kejohanan ini sudah mula dijual pada 1 Mac 2019 menerusi Proticket Malaysia dengan harga RM45 untuk tempat duduk Grandstand dan RM35 bagi tempat duduk Terbuka.
Berita baik buat mereka yang membaca artikel ini! Pihak Lejen Press sedang mengadakan giveaway bagi tiket untuk kejohanan ini. Dengan setiap pembelian buku yang bernilai RM50 ke atas di I Am Lejen Shop, anda akan mendapat dua keping tiket untuk menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Singapura pada 20 Mac ini.
Berikut adalah terma dan syarat bagi membolehkan anda memiliki dua keping tiket Piala AIRMARINE 2019 secara percuma:
- Setiap pembelian buku yang bernilai RM50 ke atas dan terhad 2 tiket bagi setiap transaksi/resit
- Pembelian secara walk-in di I AM LEJEN SHOP sahaja
- Tidak boleh ditukar dengan wang
- Tarikh: 16 Mac sehingga 20 Mac 2019 (3 petang)
- Siapa cepat dia dapat
- Setiap pemenang atau penerima tiket perlulah kongsikan gambar anda di akaun Instagram dan Facebook serta tag @iamlejenshop, @mysemuanyabola dan @airmarine.cup
Jadi, apa anda tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket Piala AIRMARINE 2019 secara percuma!