Ibarat pil penyuntik motivasi, Tiga Titik karya Fandy Taher mengujakan kerana bercerita tentang tidak takut untuk mengejar impian. Watak Resyad hanya mempunyai satu impian, iaitu memiliki basikal tetapi seperti anak muda yang selalu mengejar cabaran, dia ingin lari dari rumah untuk mengembara, apatah lagi dihimpit dengan masalah kemiskinan keluarga dan dendam pada abang sendiri. Pertemuan dengan Liam membuatkannya terfikir tentang hidup tetapi penamat naskah misteri kepada pembaca.
Ungkapan Menarik
1. “Bunga yang mekar, yang cantik berwarna merah, yang dijaga dengan baik, suatu hari akan gugur juga. Akan menjadi layu kehitaman juga. Akan kembali ke tanah juga. Apatah lagi kita manusia.”
2. “Sebagai seorang Islam, di mana-mana belahan bumi sekalipun, masjid adalah tempat berkumpul. Tempat untuk bertemu dengan saudara-saudara jauh yang tidak pernah kita tahu namanya tetapi tetap sedar akan wujudnya keterikatan atas nama persaudaraan.”
3. “Tuhan telah bersumpah dengan waktu malam yang akan beranjak menjadi siang sebelum kembali gelap untuk menjadi malam. Begitulah jalan kehidupan ini, berpusing-pusing, tidak mahukah kita memerhatikannya dan memikirkannya?”
4. “Jangan jadi seperti katak bawah tempurung. Fikirnya akan selamat melindungi diri, namun hakikatnya, dia telah menutupi diri dan pandangannya terhadap dunia yang luas yang seharusnya diterokai, dijelajah dan dinikmati.”
5. “Kata orang, kebijaksanaan tidak boleh diajar, ia hanya dimiliki lewat pengalaman.”
6. “Jangan jadi seperti katak bawah tempurung. Fikirnya akan selamat melindungi diri, namun hakikatnya, dia telah menutupi diri dan pandangannya terhadap dunia yang luas yang seharusnya diterokai, dijelajahi dan dinikmati.”
7. “Kita boleh memilih untuk menjalani hidup dan menyalahkan semua yang berlaku tapi kita juga diberi pilihan untuk hidup dengan rasa bahagia dan tenang mendepani semuanya.”
Novel ini telah diadaptasi menjadi sebuah telemovie dan ia masih dalam pembikinan. Kepada mereka yang menyukai novel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang telemovie, anda bolehlah follow akaun media sosial Lejen Press iaitu Telegram, Facebook, Twitter dan Instagram Lejen Press.
Telemovie ini menyaksikan Syafie Naswip sebagai peneraju utama dan ramai lagi pelakon handalan tanah air.
https://www.instagram.com/p/Btnv7Danwo7/?utm_source=ig_web_copy_link
Jika anda ingin mendapatkan novel ini, anda boleh pergi ke laman web Lejen Press atau ke kedai I Am Lejen Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya.