Tidur Sambil Lihat Telatah Kucing Comel, Hotel Kapsul Di Jepun Pasti Buat Penggemar Si Bulus Terhibur

Perkongsian kali ini pastinya membuatkan hati si penggemar kucing bersorak teruja. Manakan tidak, terdapat sebuah hotel di Jepun yang menyediakan pemandangan menarik untuk anda.

Pemandangan kali ini pastinya membuatkan anda tersenyum dek kerana geli hati melihat telatah si mungil ini.

Manakan tidak, anda berpeluang melihat kucing-kucing comel menerusi jendela kamar yang ditempah dalam sebuah hotel.

Hotel tersebut terletak di Osaka dan lebih dikenali sebagai Neko Yokujo & Neko Hatago. Pasti pembaca tertanya-tanya mengapa terdapat dua nama yang digabungkan menerusi penggunaan kata hubung ‘dan’.

Neko Yokujo & Neko Hatago sebenarnya merupakan kombinasi bangunan antara sebuah hotel kapsul dan kafe yang berkonsepkan kucing.

Selain berpeluang melihat telatah dan kerenah kucing menerusi tingkap bilik, pengunjung berkesempatan untuk bermain-main bersama haiwan mungil itu di kafe tersebut.

Tidak cukup dengan itu, dekorasi hotel juga dikatakan sangat cantik dengan kehadiran lukisan atau gambar bercorak kucing pada setiap dinding.

Menarik, bukan? Kepada sesiapa yang berhajat untuk melancong ke Jepun bolehlah menyenaraikan hotel ini sebagai sebahagian dalam bucket list anda.

Selamat bercuti!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca