Tidur Dengan Lampu Terbuka Boleh Beri Risiko Terhadap Kesihatan Manusia

Ramai yang memandang ringan terhadap pentingnya dalam menjaga kualiti tidur mereka. Kadangkala kita terlupa untuk mematikan lampu sebelum tidur.

Tidak kiralah dalam pelbagai situasi seperti tertidur semasa menonton televisyen, menggunakan peralatan elektronik sebelum tidur atau terlalu penat selepas sibuk menguruskan tugas seharian sehingga mengabaikan perkara yang dianggap biasa bagi diri kita sendiri. Tetapi tanpa disedari perbuatan ini secara perlahan-lahan mendatangkan penyakit kepada manusia.

Kajian sudah mengesahkan bahawa tidur dengan lampu terbuka menghalang penghasilan hormon melatonin dan mengurangkan kadar melatonin tubuh manusia kepada 90 minit berbanding mereka yang tidur dalam gelap. Kekurangan hormon melatonin akan menyebabkan insomnia, tidur tidak lena, kelelahan, depresi, darah tinggi dan penyakit lain-lain yang berbahaya.

Di samping itu, peralatan elektronik seperti smartphone, tablet dan komputer yang menggunakan light-emitting-diode (LED). Cahaya ini boleh mengatasi melatonin kerana satu photopigment yang terdapat di dalam sel retina mata bertindak balas kepada circadian rhythmicity yang sangat sensitif kepada sinaran cahaya biru.

Terlalu lama terdedah kepada cahaya sewaktu tidur juga menjejaskan sistem imun manusia. Kebiasaannya, orang yang tidur dengan lampu terbuka akan lebih mudah berasa pening, loya dan muntah kerana sistem imun tidak dapat berfungsi dengan stabil sehingga mengganggu badan manusia dari berfungsi seperti yang sepatutnya.

Selain itu, tabiat kurang sihat ini juga boleh menyebabkan masalah penuaan awal. Ia berpunca daripada kurangnya antioksida yang terkandung dalam melatonin. Antioksida berperanan sebagai anti-penuaan yang bertindak untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan secara fizikal. Tanpa fungsi tersebut, manusia akan kelihatan lebih tua akibat kadar melatonin yang terganggu dalam badan.

Manusia turut berisiko mendapat kanser jika tidur ketika lampu terpasang. Hormon melatonin yang bertindak mempertahankan tubuh manusia daripada penyakit berbahaya ini tidak dapat dihasilkan apabila tidur di tempat yang cerah.

Fakta ini dibuktikan melalui kajian ke atas 1,670 wanita yang terdedah kepada cahaya lampu sepanjang waktu mereka tidur. Keputusan mendedahkan mereka mempunyai 22 peratus risiko yang sangat tinggi untuk mendapat kanser payu dara berbanding wanita yang tidur dalam keadaan gelap. Para pengkaji beranggapan bahawa fenomena ini berpunca dari gangguan hormon dan melatonin.

Oleh itu, tubuh manusia hanya akan mendapat rehat secukupnya jika berada di dalam keadaan gelap. Hal ini membantu manusia untuk mendapat tidur yang berkualiti bagi memastikan hormon seimbang dan memiliki imuniti yang tinggi.

Penulis:

  • Nurfatihah Binti Mohamad Raya adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain, klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca