Seorang pelajar kolej tidur dengan kanta lekap menjadi buta sebelah mata selepas dijangkiti parasit yang jarang ditemui.
Mike Krumholz umur 21 tahun tinggal di Florida menerangkan bahawa dia hanya tertidur seketika dalam 40 minit dengan memakai kanta lekap selepas membuat kerja sambilan di pusat jagaan kanak-kanak pada Disember lalu.

Apabila tersedar dari tidurnya, Mike mendapati matanya rasa tidak selesa dan berwarna merah jambu.
Tambahnya lagi, keadaan matanya mengambil masa lebih sebulan untuk mendapatkan diagnosis yang betul selepas beberapa temu janji dengan doktor.
Tidak lama kemudian, doktor mendiagnosis Mike dengan jangkitan mata hingga boleh menyebabkan buta dan penyakit itu dipanggil sebagai Keratitis Acanthamoeba

Penyakit ini jarang ditemui dan gejala yang terdapat dalam penyakit tersebut adalah sakit mata, kemerahan, penglihatan kabur, kepekaan terhadap cahaya, sensasi sesuatu pada mata, dan koyakan yang berlebihan.
Memetik laporan dari hellodoktor, tidur memakai kanta lekap semalaman boleh melukakan mata.

Bukan tidur semalaman sahaja, memakai kanta lekap terlalu lama sahaja sudah boleh berisiko 7 kali lebih tinggi mengalami keradangan pada kornea (keratitis).
Kejadian yang menimpa Mike Krumholz menyebabkan dia tidak boleh lagi bekerja dan sukar menyambung pengajian di universiti.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: