Tidak Tercapai Dek Akal, Ini 5 Rekaan Rumah Paling Pelik Di Dunia

Rumah adalah sebuah tempat tinggal untuk manusia. Setiap orang pasti mahukan rumah yang mewah dan nyaman untuk mereka berasa seronok bila pulang ke rumah. Kebanyakan rumah mempunyai reka bentuk yang hampir sama dan masyarakat akan membelinya juga.

Sesetengah orang mampu untuk membina sebuah rumah mengikut reka bentuk yang mereka suka. Mereka akan mengupah pihak yang pakar untuk membangunkan sebuah kediaman yang indah.

Berikut adalah 5 rekaan rumah yang pelik:

1. Rumah terbalik

Rumah ini terdapat di negara Poland. Rumah ini sangat pelik kerana berada dalam keadaan terbalik. Ia direka khas oleh Daniel Czapiewski. Pembinaan rumah ini memakan masa lebih empat kali ganda dari membina rumah biasa.

2. Rumah Kasut

Rumah ini nampak seperti kasut gergasi. Rumah yang unik ini terletak di Hellam, Pennsylvania. Ia dibina oleh Colonel Mahlon Nathaniel Haines dan diinspirasikan daripada sepasang kasut boot miliknya.

3. Rumah lut sinar

Rumah yang terletak di Tokyo, Jepun ini mempunyai reka bentuk yang biasa saja tetapi yang menjadikan rumah ini pelik adalah ia lut sinar. Rumah ini dibina oleh seorang arkitek Jepun iaitu Sou Fujimoto. Reka bentuk rumah ini adalah untuk memudahkan cahaya matahari masuk dan udara terjaga dengan baik.

4. Rumah piano dan biola

Menggunakan reka bentuk piano dan biola, rumah ini terletak di Huainan, China. Rumah ini direka oleh mahasiswa arkitek dari Hefei University of Technology. Mereka menjadikan biola kaca sebagai pintu masuk utama.

5. Rumah Kapal terbang

Rumah ini terletak di Costa Rica dan menggunakan sebuah pesawat Boeing 727 yang lama. Rumah ini dimiliki oleh Joanne Ussary. Idea asal pembinaan rumah ini adalah kerana rumahnya musnah dilanda ribut. Joanne membeli pesawat ini bernilai Rm8,242.00 dan memindahkan pesawat ini dengan bayaran Rm16485.00.

Rumah pelik ini menjadi tumpuan orang ramai dari serata dunia. Jika anda berkemampuan untuk membina rumah yang pelik, rumah anda pasti akan menjadi tumpuan orang ramai.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca