Tidak Tahu Tuan Sudah Tiada, Anjing Setia Menunggu Nelayan Yang Tidak Mungkin Kembali

Sifat kesetiaan seekor anjing kepada tuannya memang suatu hal yang diketahui ramai. Sudah banyak kisah dari seluruh dunia kita dapat dengar tentang anjing yang tetap setia menunggu tuannya untuk pulang.

Antara yang paling popular ialah kisah Hachiko, seekor anjing di Jepun yang setia menunggu kepulangan tuannya di stesen kereta api tanpa mengetahui bahawa tuannya itu sudahpun meninggal dunia.

Baru-baru ini, satu kisah anjing lain pula yang mula tular dan mendapat perhatian orang ramai. Kisah mengenai seekor anjing di Punta Negura, Peru yang menunggu tuannya si nelayan untuk pulang daripada ekspedisinya.

Vaguito yang setia menunggu tuannya pulang setiap hari.

Kisah anjing bernama Vaguito ini dikongsi oleh Jolie Mejía, seorang wanita Peru yang kebetulan berjalan di pantai Punta Negra, salah satu daerah di Wilayah Lima dan terlihat seekor anjing merenung tajam ke arah lautan.

Haiwan itu kelihatan bersih dan kenyang, jadi Jolie beranggapan bahawa tuannya akan kembali untuk mendapatkannya. Dia menghabiskan beberapa minit membelai anjing itu dan bercakap dengannya, tetapi tiada siapa yang datang. Akhirnya, seorang lelaki berjalan melaluinya, perasan akan raut prihatin di wajah wanita itu, terus memberitahunya kisah sedih haiwan itu.

Rupa-rupanya, Vaguito amat dikenali digemari oleh semua orang di kawasan itu. Dia kini tinggal di sebuah rumah tidak jauh dari pantai, dengan seorang wanita yang menjaganya dengan baik.

Namun begitu, sebelum ini dia pernah menjadi milik seorang nelayan yang meninggal dunia di laut beberapa tahun lalu. Anjing itu yang biasa menemani tuannya ke mana sahaja tuannya pergi. Selepas melihat tuannya berlepas untuk perjalanan memancing terakhirnya anjing itu masih menunggu kepulangan dirinya sehingga ke hari ini.

“Dia memberitahu kami bahawa anjing itu telah tinggal bersama seorang nelayan yang meninggal dunia suatu ketika dahulu, dan sejak itu, dia datang ke sini setiap hari dan melihat laut, menunggu dia kembali,” tulis Jolie Mejía dalam perkongsian di Facebook yang telah menjadi viral.

Lelaki itu memberitahu Jolie bahawa semua orang di kawasan itu mengetahui kisah tragis Vaguito dan dia selalu pulang ke rumah selepas merenung lautan selama beberapa jam. Tetapi dia selalu kembali ke tempat itu lagi keesokan harinya.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca