‘Tidak Tahu Kerana Tiada Dalam Kontrak’, Pelakon Ini Bakal Mengambil Tindakan Undang-Undang

Beberapa hari yang lepas, kecoh di media sosial tentang sebuah drama yang baru ditayangkan bertajuk ‘Stay Away From Me’.

Sumber Twitter @danishleh

Drama tersebut telah mendapat kritikan hebat daripada netizen di media sosial, Twitter kerana berkonsepkan percintaan kaum sejenis, gay.

Salah seorang daripada pelakon drama tersebut ialah pelakon Melayu, Islam iaitu Danish Iskandar telah mendapat kecaman yang hebat daripada netizen.

Danish dalam satu kenyataan di Twitter miliknya menegaskan bahawa dia tidak tahu tentang agenda babak yang mempromosikan budaya percintaan sejenis sehinggalah ketika waktu penggambaran.

Dia turut berkata bahawa babak tersebut tidak dinyatakan secara terus di dalam kontrak sewaktu dia menandatanganinya.

Ketika sesi penggambaran berlangsung, pihak produksi menambah babak yang tiada langsung dalam kontrak dan skrip serta dia juga diminta mempromosikan sebuah aplikasi berkaitan percintaan seperti aplikasi Tinder.

Namun, apabila drama tersebut disiarkan, aplikasi yang dipromosikan dalam drama sebenarnya merupakan aplikasi gay.

Oleh itu, ibu bapanya akan mengambil tindakan undang-undang setelah mengetahui tentang perkara ini. Danish juga memohon maaf atas kejadian yang telah berlaku dan berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini.

Menurut laporan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersedia untuk merujuk kes tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca