Tidak Tahan Diserang Migrain, Gadis Ini Nekad Tebuk Tengkorak Sendiri

Masyarakat zaman dahulu sangat mempercayai akan prosedur kraniotomi atau trepanasi iaitu pembedahan yang menebuk lubang pada tengkorak manusia untuk menghilangkan migrain dan gangguan emosi.

Mereka turut mempercayai bahawa pembedahan ini juga berupaya meningkatkan tahap kecerdasan otak seseorang.

Pada suatu hari, seorang gadis bernama Amanda Feilding yang berusia 27 tahun nekad untuk melakukan kraniotomi pada tengkoraknya sendiri akibat gangguan emosi dan migrain yang dihidapinya sekian lama.

Tidak hanya itu, dia juga sering mengalami situasi yang menyebabkan dirinya mudah penat.

Amanda dikatakan telah meminta bantuan banyak doktor pakar untuk melaksanakan pembedahan kraniotomi pada dirinya.

Malang sekali apabila permintaan tersebut ditolak kerana ramai doktor tidak berani untuk mengambil risiko tinggi. Ini kerana, pelaksanaan pembedahan kraniotomi sangat berisiko dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Amanda sudah tidak tahan dengan situasi dirinya yang sentiasa lemah. Gadis ini akhirnya nekad untuk melakukan pembedahan tersebut dengan sendirinya.

Dia menggunakan gerudi milik doktor gigi untuk menebuk lubang pada bahagian tengkoraknya. Kemudian, dia menebuk lubang sedalam-dalamnya pada bahagian tengkoraknya sehingga berpuas hati.

Usai beberapa jam pembedahan tersebut berjalan, Amanda dengan tenang menghadiri pesta rakannya dengan kepala yang berbalut. Gadis ini dengan beraninya mengakui bahawa dia baharu sahaja melaksanakan kraniotomi pada dirinya sendiri.

Magisnya, Amanda Feilding tetap hidup walaupun dia telah melakukan pembedahan itu seorang diri. Anehnya, gadis ini bukanlah seseorang yang berkerjaya atau berlatarbelakangkan pendidikan doktor perubatan.

Bagaimana sekiranya anda berada di tempat Amanda? Anda berani untuk lakukan perkara-perkara ngeri sebegini?

Penulis

  • Rabiatul Adawiyah Bt [email protected] adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel berkaitan dengan topik yang melibatkan pembedahan terhadap manusia dan haiwan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca