Tidak Tahan Diejek Miskin, Ini Punca Pelajar 14 Tahun Ambil Nyawa Sendiri

Baru-baru ini, seorang pelajar lelaki di Shanghai, China telah membunuh diri dengan meminum racun serangga. Motif kejadian dipercayai mangsa teruk dibuli rakan sekelas ekoran latar belakang keluarganya yang miskin.

Menurut laporan Sohu, Lu Shijie, 14, pulang ke rumah pada 14 November lalu dalam keadaan senyap dan sugul. Bapa mangsa kemudiannya telah menerima satu pesanan ringkas dari guru anaknya bahawa prestasi Shijie di sekolah semakin merosot.

Apabila si bapa menyoal anaknya berhubung perkara berkenaan, Shijie membongkar kisah bahawa dia sebenarnya menjadi mangsa prejudis gurunya di sekolah.

Tidak semena-mena, Shijie tiba-tiba lari meninggalkan rumah. Bapanya yang kaget segera mengejar anak lelakinya itu.

Namun begitu, dia hanya menemui Shijie beberapa ketika kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri. Menurut bapanya, terdapat sebotol racun serangga yang sudah tinggal separuh disyaki telah diminum oleh anak lelakinya itu.

Malang buat bapa tersebut apabila anak tunggalnya itu disahkan telah meninggal dunia 24 jam kemudian akibat masalah pernafasan.

Ekoran daripada kematian mengejut Shijie, bapanya telah hadir ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan. Alangkah terkejutnya si bapa apabila mengetahui anak lelakinya sudah lama menjadi bahan ejekan rakan sekelas kerana hadir daripada keluarga miskin.

“Guru-guru juga tidak mengendahkannya. Ini kerana Shijie bukanlah penduduk tempatan dan dia bukanlah seorang pelajar yang cemerlang.”

“Mereka sering mengejek Shijie kerana datuknya sering datang ke sekolah untuk menjemputnya dengan menaiki basikal tua,” tambah bapa itu lagi.

Sementara itu, pihak sekolah menafikan kejadian buli itu. Mereka juga enggan memberi sebarang komentar dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis ekoran tidak mahu menganggu siasatan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca