Tidak Suka Tinggal Bersama Mentua, Wanita Ini Tekad Terjun Dari Kereta Api Bersama Bayi Berusia 8 Bulan

Seorang wanita bertindak untuk terjun dari sebuah kereta api bersama dengan anaknya yang baru sahaja berusia 8 bulan.

Dalam insiden yang berlaku di Mumbai itu, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Gayatri Jaiswal dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala bayinya pula hanya mengalami kecederaan ringan.

Suami kepada wanita berusia 24 tahun berkenaan buntu dengan tindakan isteri kesayangannya itu.

“Saya tak tahu apa yang menyebabkan dia ambil tindakan ini,” kata suaminya yang dikenali sebagai Sushil.

“Saya bercadang bawa dia naik kapal terbang. Kini, ia tinggal impian sahaja,” ujarnya lagi.

Siasatan polis mendapati bahawa gadis itu memilih untuk menamatkan riwayatnya sendiri sebagai protes gara-gara dia tidak berpuas hati kerana terpaksa tinggal bersama dengan keluarga mentua.

Dia dipercayai mahu tinggal berasingan dengan suami dan anaknya tetapi permintaannya itu tidak dilayan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca