Tidak Suka Cucu ‘Memekak’ Pagi Buta, Nenek Tiri Selamba Campak Kanak-Kanak 2 Tahun Dari Tingkap Rumah

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun telah meninggal dunia apabila dicampak dari tingkap rumah oleh nenek tirinya pada Sabtu lalu di Mumbai, India.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pada pukul 5.30 hingga 5.45 di mana Jiya Ansari dicampak keluar dari tingkap dapur pangsapuri enam tingkat yang terletak di timur Malad.

Jiran yang ternampak mayat kanak-kanak malang yang dipenuhi kesan darah di bawah pangsapuri itu segera mengejutkan ahli keluarga mangsa pada awal paginya.

Namun, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia setelah ahli keluarganya bergegas membawa mangsa ke hospital.

Pada awalnya, kanak-kanak itu disyaki terjatuh dari tingkap ketika ahli keluarga sedang tidur tetapi bukti dari tempat kejadian telah menujukkan sebaliknya.

Melalui siasatan forensik, pintu depan dan semua tingkap dapur rumah itu berkunci di tempat kejadian. Hal ini menimbulkan rasa curiga tentang bagaimana kanak-kanak malang itu boleh terjatuh.

Menurut jurucakap polis, siasatan polis mendapati posisi di mana Jiya jatuh menunjukkan seolah-olah kanak-kanak itu dicampak keluar.

Setelah siasatan terperinci dijalankan, polis mendapati tindakan kejam itu dilakukan nenek tiri kanak-kanak itu, Ruksana Obedulla Ansari.

“Tertuduh tidak suka cucu perempuannya dan sentiasa berasa jengkel apabila dia bermain di rumah.”

“Dua puluh hari yang lalu, dia juga dikatakan berselisih faham dengan anak lelaki dan menantunya mengenai masalah itu, malah mengambil keputusan meninggalkan rumah mereka,” kata polis.

Bagaimanapun, Ruksana kembali semula ke kediaman mereka pada Jumaat lalu.

Namun, Ruksana seperti masih lagi menyimpan rasa marah tersebut pada anak dan menantu tirinya. Pada masa yang sama, Jiya Ansari difahamkan kurang sihat dan sering menangis serta tidak dapat tidur sehingga diberi ubat.

Wanita berkenaan dikatakan mencampak keluar cucunya dari tingkat enam sebelum mengunci tingkap dan kembali tidur seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Wanita itu telah mengaku bahawa dia yang mencampak cucunya itu pada hari kejadian dan ditahan pada hari Isnin atas dakwaan membunuh cucunya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca