Tidak Suka ‘Berkongsi’, Suami Bertindak Potong Dan Bawa Lari Alat Sulit Lelaki Yang Tidur Dengan Isterinya

Benarlah apa yang diperkatakan selama ini di mana kita disarankan untuk tidak membuat apa-apa keputusan ketika berada dalam keadaan marah. Selalunya, kita tidak akan dapat mengawal perkataan yang keluar dari mulut dan perbuatan sewaktu sedang marah.

Begitulah yang terjadi dalam kes yang berlaku di Florida, Amerika Syarikat di mana seorang suami yang sedang ‘panas’ dengan isterinya bertindak memotong zakar lelaki yang tidur dengan wanita itu.

Tertuduh yang dikenali sebagai Alex Bonilla berbuat demikian gara-gara bengang dengan isterinya yang curang. Dia memotong zakar mangsa yang tidak dinamakan tersebut dengan menggunakan gunting sebaik sahaja menyerbu masuk ke kediamannya yang terletak di Bell, Florida pada 14 Julai lepas.

Menurut mangsa, Bonilla pada mulanya mengikatnya sebelum memotong alat sulitnya tanpa sebarang belas kasihan. Bonilla kemudiannya dikatakan melarikan diri ke seberang jalan sambil membawa zakar yang dipotong tadi.

Bonilla bertindak menyerang lelaki itu dua bulan setelah mendapati bahawa dia melakukan hubungan seks dengan isterinya.

Lebih mengerikan, serangan tersebut dilaporkan dilakukan di hadapan anak mangsa, lapor NBC News. Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Walau bagaimanapun, keadaan zakarnya kini tidak dijelaskan secara lanjut sama ada pakar bedah berjaya menyambungnya semula atau tidak.

Pada masa yang sama, Bonilla akhirnya berjaya ditangkap lewat petang pada hari kejadian dan dibawa ke Penjara Gilchrist County.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca