Tidak Sokong Pelantikan Tan Sri Muhyiddin, Tun M Sediakan Surat Kepada Agong

Setelah seminggu pergelutan kuasa politik ini berlaku, semalam rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita tentang pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang kelapan.

Pelbagai reaksi yang diterima daripada pelbagai pihak apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bidaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin semalam.

Menerusi satu ciapan yang dikongsi oleh Tun Dr. Mahathir melalui laman akaun Twitternya, beliau mengemukakan satu kenyataan media dan lampiran yang mengandungi senarai nama seramai 114 ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Beliau juga mendakwa jumlah sokongan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang telah dipersembahkan oleh Tan Sri Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong adalah tidak tepat.

Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa beliau sudah pun membuat surat yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menerangkan kedudukan yang sebenar dan mengharap baginda akan menerima surat dan penjelasan oleh beliau berserta nama-nama ahli yang menyokong beliau.

Untuk rekod, Tan Sri Muhyiddin dijangka akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada jam 10.30 pagi ini di Istana Negara.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain berkenaan kemelut politik di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca