Tidak Setuju Ekstradisi Ke Amerika Syarikat, John McAfee Tamatkan Riwayat Sendiri

John McAfee dipercayai telah mengambil nyawanya sendiri di penjara berhampiran Barcelona selepas Mahkamah Tinggi Sepanyol meluluskan ekstradisi pencipta perisian antivirus McAfee ke Amerika Syarikat atas tuduhan mengelak cukai.

Peguam beliau iaitu Javier Villalba mengeluarkan kenyataan bahawa McAfee yang sudah menghabiskan masa selama sembilan bulan di dalam penjara itu telah menggantung dirinya untuk menamatkan riwayat beliau sendiri.

Dalam prosiding mahkamah yang diadakan pada bulan lalu, usahawan teknologi berusia 75 tahun itu akui bahawa beliau lebih rela menghabiskan sisa hidupnya di penjara sekiranya disabitkan kesalahan dekat Amerika Syarikat.

Sumber: Fortune

McAfee yang didakwa di Tennessee atas tuduhan mengelak cukai dan kes penipuan mata wang kripto dekat New York telah menghabiskan masa selama bertahun-tahun untuk lari daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Memetik laporan Reuters, pencipta perisian antivirus McAfee itu ditahan pada 3 Oktober tahun lalu dekat Lapangan Terbang Barcelona menurut sumber polis Sepanyol pada waktu itu.

Pada waktu itu, McAfee sedang dalam perjalanan untuk menaiki penerbangan ke Istanbul dengan menggunakan pasport Britain. Sebelum melancarkan anti-virus komersial pertama di dunia pada tahun 1987, McAfee pernah bekerja untuk syarikat-syarikat seperti NASA, Xerox dan Lockheed Martin.

24 tahun kemudian, McAfee membuat keputusan untuk menjual syarikat antivirus itu kepada Intel (INTC.O) dan ia masih digunakan oleh kira-kira 500 juta pengguna di seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Sumber: The Quint

Pada tahun 2019, McAfee memberi alasan bahawa beliau tidak membayar cukai pendapatan kepada kerajaan Amerika Syarikat selama lapan tahun kerana ideologi. Pada tahun yang sama juga, beliau meninggalkan Amerika Syarikat untuk elak daripada ditahan oleh pihak berkuasa.

McAfee telah mendakwa beliau mempunyai 47 orang anak pada tahun 2018 itu juga pernah menetap di beberapa negara. Menurut peguam beliau lagi, anak guamnya sebenarnya masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan terhadap tuduhan elak cukai itu tetapi beliau tidak sanggup menghabiskan lebih banyak masa dalam penjara.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca