Tidak Semua Adiwira Pakai ‘Cape’, Abang Bomba Selamatkan Kura-Kura Daripada Rentung Dijilat Api

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bukan sekadar bertungkus-lumus memadamkan kebakaran belukar di Jalan Lambak, Taman Johor, Johor Bahru tetapi mereka turut berusaha menyelamatkan haiwan yang terperangkap.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru iaitu Nazaruddin Yusof, antara haiwan yang berjaya diselamatkan pihaknya sewaktu memadamkan kebakaran termasuklah kura-kura, kucing dan burung.

Paling menyayat hati, mereka ternampak kelibat satu objek hitam yang bergerak dengan pantas untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran.

Apabila diteliti, ia rupanya merupakan seekor kura-kura yang merangkak keluar dari kawasan belukar terbakar itu. Haiwan itu dipercayai cuba menyelamatkan diri sebelum diselamatkan.

Kura-kura seberat 4 kilogram itu akhirnya berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke BBP Larkin sebaik sahaja operasi memadamkan kebakaran tamat.

Difahamkan, kura-kura tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor untuk tindakan lanjut.

Tambah Nazaruddin lagi, meskipun terpaksa bertindak pantas, pihaknya tetap berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan haiwan bagi mengelak ia menjadi mangsa kebakaran.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca