Tidak Sempat Jumpa Bayi Baru Lahir Akibat PKP, Lelaki Ini Hampa Tersadai Di Singapura

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa dalam membendung penularan wabak COVID-19 membuatkan harapan seorang bapa di Singapura untuk berada di sisi isterinya semasa melahirkan bayi mereka di Malaysia tidak kesampaian.

Begitulah nasib yang menimpa Ahmad Abdillah Haron yang sangat terkilan kerana dia gagal untuk menyambut dan mengazankan anak yang baru seminggu dilahirkan dan diberi nama Aisyah Soffya Az Zahra.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Ahmad yang bekerja sebagai seorang jurutera itu sedang berusaha pelbagai cara untuk membolehkan dirinya mendapat kelonggaran perjalanan dari Singapura ke Malaysia semasa tempoh PKP.

Untuk rekod, Ahmad yang merupakan warganegara Singapura itu berkahwin dengan warga Malaysia dan mereka sekelurga menetap di Iskandar Puteri, Johor.

Mereka sekeluarga dikatakan bergerak ke Singapura pada 17 Mac iaitu sebaik sahaja PKP diumumkan bakal berkuat kuasa pada keesokan hari.

Sumber: NST

Memandangkan keadaan di Tambak Johor ketika itu terlampau sesak dan amat tidak selesa buat isterinya yang berbadan dua, Ahmad mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Iskandar Puteri.

Keesokan harinya, Ahmad bertolak semula ke Singapura untuk bekerja seperti biasa dengan harapan PKP hanya akan berlangsung selama dua minggu sahaja. Masalah timbul apabila PKP disambung sehingga 12 Mei tanpa sebarang kelonggaran bagi seorang suami warga Singapura untuk berulang-alik ke Johor seperti biasa.

“Saya pasti akan tinggal di Johor sekiranya saya tahu tempoh PKP akan dilanjutkan,” kata Ahmad.

Menurut Jabatan Imigeresen, rakyat Singapura diberi kemudahan melawat Malaysia menggunakan pas sosial jangka panjang (long-term social pass) yang memakan masa enam hingga 12 bulan untuk kelulusan.

Visa ini akan memberi pemegangnya kebenaran untuk menetap di Malaysia untuk jangka masa tidak kurang dari enam bulan. Selama ini, Ahmad hanya menggunakan pas lawatan sosial 30 hari yang memadai untuk tujuan ulang-alik dalam suasana tanpa PKP yang berpanjangan.

Cerita Ahmad yang turut mempunyai dua anak lelaki berumur 10 dan satu tahun itu, terdapat banyak kes serupa di mana warga Singapura yang berkahwin dengan rakyat Malaysia terpaksa berpisah akibat penguatkuasaan PKP. Ahmad berharap pihak berkuasa kedua-dua negara dapat tampil dengan jalan penyelesaian terbaik agar masalah ini boleh diatasi.

Untuk baca artikel lain berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca