Anda kebiasaannya akan membeli sepotong kek untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran orang tersayang.
Namun, apa pula yang boleh anda lakukan apabila bakeri pula tutup ketika anda mahu menyambut hari penting seperti ulang tahun kelahiran pasangan anda bersama mereka? Anda boleh menggantikan sepotong kek itu dengan burger sebagai hadiah!
Seorang pengguna Twitter iaitu @ammnslhn memuat naik dua keping gambar pada Isnin lalu yang memaparkan seorang lelaki membeli burger sebagai hadiah untuk isterinya sempena ulang tahun kelahiran buah hatinya itu.
Gais di luar sana yang dah berkahwin pliss hargai wife korang. Today my schmate keje kedai western got customer umur not sure tapi fizikal tu macam pakcik2 lah. Dia cakap tak sempat nak pergi beli kek so dia oder lah burger utk wife dia. Apa apa pon mata aku masuk habuk malam ni pic.twitter.com/jR2GzyHoZB
— Am (@ammnslhn) November 24, 2019
Siapa sahaja yang tidak sukakan burger? Selain itu, apa yang paling penting adalah ingatan dan bukannya hadiah tersebut.
Pengguna Twitter yang turut dikenali sebagai Am itu berkata bahawa dia memperoleh gambar tersebut daripada bekas rakan sekolahnya yang kini bekerja di kedai makanan barat tersebut.
Lelaki itu turut menerangkan bahawa dia tidak sempat membeli sepotong kek dan hanya berkesempatan untuk membeli burger di restoran berkenaan.
Walau bagaimanapun, permintaan khusus lelaki berkenaan mencairkan hati warganet kerana dia sebenarnya mahu membuat kejutan untuk isterinya!
Lelaki terbabit meminta pertolongan penjual burger itu untuk menulis ucapan di atas bekas polisterin tersebut yang berbunyi, “Selamat hari lahir kepada isteri saya.”
Sumber: Twitter
Perkongsian berkenaan kini sudah menerima 34,800 ulang kicau dan 32,800 sukaan. Rata-rata warganet memuji cara lelaki berkenaan dalam menunjukkan kasih sayangnya kepada isterinya selain turut mendoakan beliau sentiasa dimurahkan rezeki.
Sumber: Twitter
Dalam pada itu, perkongsian tersebut turut berjaya mencuri perhatian Secret Recipe Malaysia dan mereka mahu memberikan kek kepada pasangan tersebut di cawangan Sungai Petani pada Sabtu hadapan.
Hey Twitter, do your magic. we are looking for this pakcik and his wife, we want to give them a treat! ❤ #SecretRecipeMY https://t.co/586uS5UiAJ
— Secret Recipe MY (@secretrecipemy_) November 26, 2019
Walaupun ia mungkin kelihatan sebagai perkara yang kecil, tetapi anda tidak akan rugi kerana menghargai atau ingin membuat pasangan anda gembira.