Penyanyi dan pelakon terkenal Alif Satar mengimbau kenangan zaman kanak-kanak ketika menetap di sebuah rumah pangsa di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Alif menceritakan kenangan manis ketika duduk di rumah pangsa tersebut sebelum berpindah ke United Kingdom (UK).

“Baru-baru ini, Alif ada bagitahu waktu interview dalam Studio Sembang dengan Amelia Henderson yang Alif adalah salah seorang budak flat.
Blok E1, Wangsa Maju Seksyen 2. We lived here from 1990 sampai darjah satu sampai 1997 then my parents moved us to the UK sebab diaorang (mereka) dapat scholarship (biasiswa) belajar sana. Balik dari UK, kami duduk balik Wangsa Maju sampai tahun 2000 barulah pindah ke Hartamas,” ujarnya.

Ketika memuat naik hantaran di Instagram, penyanyi Anugerah Terindah itu sempat menyelitkan sedikit perkara yang membuatkannya gembira.
Alif berkata perasaan gembira itu terbit selepas berpeluang membawa ketiga-tiga cahaya matanya ke tempat asal di mana penyanyi itu membesar. Lebih menarik lagi, Alif mendapati jiran-jirannya masih lagi orang yang sama ketika dia menziarahi rumah itu juga.
“Beb, kat sini lah Alif membesar waktu kecil dulu. Macam-macam memori Alif kumpul kat sini. Paling best, bila bawak anak-anak jalan hari tu, rupanya jiran-jiran lama dulu pun ada duduk lagi dekat sini! Kind loving people they all are and I wish them all the best.
p/s Doesn’t matter how high you soar, never forget your roots. Hormat orang tua, hargai cikgu-cikgu. Appreciate and remember the people who got you there along the way,” ujarnya.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: