Sekiranya pergi ke Melaka baru-baru ini, terdapat satu tarikan baharu untuk para pengunjung bergambar sambil menikmati pemandangan laut di Pantai Pengkalan Balak, Alor Gajah.
Untuk pengetahuan anda, arca replika penyu ini baru sahaja dibuka minggu lalu untuk menggalakkan lebih ramai pengunjung bergambar dan menambah keindahan Pantai Pengkalan Balak. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Dalam masa tidak sampai seminggu, arca yang sepatutnya menjadi tempat untuk bergambar sebaliknya dijadikan tempat berkelah oleh mereka yang hadir ke sini.
Sekiranya anda mahu tahu, arca ini sebenarnya kukuh untuk duduk di atasnya jadi boleh sahaja untuk bergambar dengan penyu tersebut. Namun, apa yang menjadi masalah di sini apabila ada pihak yang menyalahgunakan kemudahan tersebut.
Orang ramai pastinya mahu bergambar dengan arca penyu berkenaan. Atas sebab itu, tindakan segelintir individu yang menjadikan lokasi ini tempat makan atau berkelah tidak sepatutnya berlaku.

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet amat berang dengan kejadian ini:
we really do not deserve nice things huh 🥴 https://t.co/bed2XdK6rS
— Slytherin (@MaknaeMarch) January 3, 2021
Dulu ada o bike, tak sampai setengah tahun dah punah. Rakyat malaysia memang tak boleh terima barang baik https://t.co/YiESU6NVe4
— Ben (@princetypo) January 3, 2021
Malaysians never deserve good things. Especially anything relating to arts https://t.co/1hlxnlWKNO
— ⓘ (@inahazmada) January 3, 2021
this is why malaysians can't enjoy good things https://t.co/DioY7KOaDz
— lith (@nilamwhattadrag) January 3, 2021
😓 sedih lah tengok mentality org mcm ni. https://t.co/VvgxDTlJuw
— Syafiq Ariffin (@markyariffin) January 3, 2021
Yes Malaysians dont deserve good things bcs our mentality and attitude are still third world countries https://t.co/Nc7wZFOq6M
— Jane Dunggg ! (@Alainaib) January 3, 2021
Nak amik gambar nak kena tunggu dia habis mencekik ke camne ni.. https://t.co/09ZdE5vl9M
— Suhaimie MJ (@AmieSuhaimie) January 3, 2021
Pada pendapat kami, setiap pengunjung perlu ada common sense kerana ramai yang pastinya mahu bergambar apabila berada di tempat tarikan pelancong baharu. Jadi, anda perlu beri peluang kepada pengunjung lain pula selepas selesai bergambar dan bukannya berkelah di sana.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: