Tidak Sampai Sehari, Video Muzik Terbaharu Aliff Syukri Mendapat Ribuan ‘Dislike’

Datuk Seri Aliff Syukri telah melancarkan muzik video terbaharu, Cuba Bahagia. Lagu tersebut diterbitkan pada hari ini di laman YouTube.

Video tersebut telah berjaya mencapai 35,000 tontonan dalam sejam. Meskipun begitu, dalam masa singkat, single terbaru beliau mendapat 7,600 dislike berbanding jumlah like sebanyak 1,100.

Sumber: YouTube Datuk Seri Aliff Syukri

Pelbagai komen negatif yang dilemparkan oleh pengguna YouTube terhadap muzik video tersebut. Kami kongsikan respons oleh warganet:

The best way to enjoy Aliff Syukri song is by turning it off.”

“Tiada bakat langsung menyanyi…orang nak nyanyi dia sibuk je nak nyanyi juga.”

“Sedap lagu ini, tapi salah orang yang nyanyi..dengan video yang menggelikan. Kalau orang lain nyanyi confirm meletop.”

Teaser lagu tersebut sebelum ini juga telah mendapat pelbagai komen negatif daripada warganet. Malahan terdapat sesetengah daripada mereka tidak sabar untuk menekan butang dislike apabila Cuba Bahagia diterbitkan di YouTube.

Sebelum ini, Datuk Seri Aliff Syukri pernah didakwa memukul anak angkatnya. Bagaimanapun, beliau dibebaskan atas jaminan pihak berkuasa.

Adakah Cuba Bahagia bakal menjadi juara Anugerah Juara Lagu pada tahun ini? Sama-sama kita nantikan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Datuk Seri Aliff Syukri, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca