Tidak sampai sebulan gencatan senjata berkuat kuasa, Israel sekali lagi telah melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza awal pagi tadi.
Israel dan dua kumpulan pejuang utama di Gaza telah mengumumkan gencatan senjata pada 21 Mei lalu dan sekali gus mengakhiri pertempuran ganas selama 11 hari itu.
Memetik laporan Harian Metro, tentera udara Israel menyasarkan sekurang-kurangnya satu lokasi di timur bandar Gaza iaitu selatan Khan Younes.

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjelaskan serangan udara itu dibuat sebagai tindak balas selepas Israel dihujani belon api yang dikatakan dilepaskan dari Gaza.
IDF turut berkongsi video imej satelit mereka menerusi satu ciapan di laman Twitter menunjukkan sebuah bangunan di Gaza yang telah musnah dibom pesawat tentera Zionis.
תיעוד מתקיפות צה״ל ברצועה: pic.twitter.com/kfSrUE1dBg
— צבא ההגנה לישראל (@idfonline) June 15, 2021
Untuk pengetahuan anda, serangan tentera Israel terhadap Gaza itu adalah yang pertama sejak kerajaan baharu yang diketuai oleh Naftali Bennett mengambil alih tampuk pemerintahan selepas menggulingkan bekas Perdana Menteri iaitu Benjamin Netanyahu.
Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet berkata semuanya tetap sama walaupun Israel telah bertukar Perdana Menteri:
This was your ceasefire? #GazaUnderAttack #FreePalestine pic.twitter.com/7U8YC7gESJ
— h ! 🇵🇸 (@hibaa_ss) June 15, 2021
ISRAEL IS BOMBING GAZA AGAIN AS WE SPEAK. the ‘ceasefire’ meant nothing. please speak up and spread as much awareness as you can.#FreePalestine #GazaUnderAttack #Gaza_Under_Attack #SavePalestine
— 🇵🇸 (@kdramarchive) June 15, 2021
pic.twitter.com/yERgLHnPwr
Gaza is under attack again right now!
— Nirvana89 (@nrvana998) June 15, 2021
😔💔🇵🇸#GazaUnderAttack#FreePalestine#IsraeliTerrorism pic.twitter.com/h6mWm2evTb
Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan Palestin dan Israel, anda boleh klik pada pautan di bawah: