Tidak Sabar Hitung Majlis Minggu Depan, Ogy Ahmad Daud Bakal Berkahwin?

Pelakon dan pengarah ikonik Malaysia, Fauziah Ahmad Daud- atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy mengejut pengikut media sosialnya apabila memuat naik sebuah gambar yang mengatakan dia sudahpun bertunang dan akan mengadakan sebuah majlis pada minggu hadapan.

Di Instagram dan Facebook Kak Ogy, dia menceritakan yang dia telah menerima pinangan dari pihak lelaki dan sekarang teruja menunggu hari tarikh majlis sampai.

Sumber: Instagram
Sumber: Facebook

Kak Ogy berkongsi perasaan tidak sabar untuk berkahwin. Siapa saja yang tak gembira kahwin cinta hati, kan?

Di ruangan komen, ramai berkongsi teruja dan gembira terhadap berita Kak Ogy untuk berkahwin semula.

Antara rakan artis yang turut mendoakan Kak Ogy adalah pelakon Zarina Zainuddin. Mengikut tulisannya di ruang komen dia mengharap segala urusan Kak Ogy dipermudahkan dan juga tumpang bahagia.

Zarina Zainuddin juga berkata untuk tidak lupa menjemputnya ke majlis perkahwinan tersebut.

Pelakon Sheila Hassan juga mendoakan untuk kebahagiaan sahabatnya:

Namun, ada satu soalan yang asyik ditanya tapi itulah juga yang tidak terjawab-jawab. “Siapakah yang pinang Kak Ogy?”

Kak Ogy hanya memberi hint kecil saja apabila menjawab salah satu komen daripada warganet yang bertanya identiti bakal suaminya, “Orang luar negara.” Selain daripada itu, tiada khabar mengenai identiti sebenar lelaki tersebut.

Sebelum ini Ogy pernah berkahwin dengan pelakon, Eman Manan pada 23 Disember 1990 namun jodoh mereka tidak berpanjangan dan memfailkan penceraian pada 2 Julai 2003 selepas 13 tahun hidup bersama.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca