Lebih Hebat Daripada Johnny Depp, Lakonan Mads Mikkelsen Dalam Filem Fantastic Beasts 3 Dipuji Ramai Pengkritik

Tarikh tayangan filem Fantastic Beasts: Secrets of Dumbledore makin mendekati, dan beberapa pengkritik filem yang mendapat akses tayangan awal filem tersebut telah mengeluarkan pendapat mereka di dalam talian.

Ramai di antara mereka memuji lakonan Mkkelsen yang bakal menggantikan Johny Depp sebagai karakter Grindewald.

Kirsten Acuna, pengkritik dari Insider berkongsi keterujaannya, “Persembahan Mads Mikkelsen tampak sangat natural sehinggakan saya boleh terlupa bahawa watak Grindewald itu dahulunya dibawa oleh Johny Depp.

“Cara Depp berlakon sebagai watak jahat dalam filem awal Fantastic Beasts agak menghairankan bagi saya. Dengan rupanya seolah keluar dari cerita kartun, tidak masuk akal yang karakter itu boleh menghasut ramai orang menjadi pengikut,” tulisnya.

“Sebaliknya, lakonan Mikkelsen sebagai Grindewald sangat sesuai sebagai seorang antagonis sebab kaedah pertuturannya lembut, berkarisma dan menawan. Baru boleh percaya bagaimana orang tergoda dengan watak sejahat dia,” sambung Kirsten dalam artikelnya.

Mads Mikkelsen sebagai Grindewald dalam Fantastic Beats: The Secrets of Dumbledore

Grindewald merupakan antagonis utama dalam siri Fantastic Beasts. Pelakon Mads Mikkelsen berkongsi kesukaran sewaktu nak mengambil waktu tersebut.

“Mengambil alih sebuah karakter yang telah dilakonkan oleh seorang pelakon sebelum ini agak rumit kerana perlu ada kesinambungan antara apa Depp telah lakukan dengan vision saya untuk si Grindewald. Pada masa yang sama, karakter tersebut haruslah mempunyai identiti hasil kreatif saya.”

Johhny Depp sebagai Grindewald dalam Fantastic Beasts and Where to Find Them

Seorang lagi pengkritik, Peter Bradshaw menulis dalam sebuah artikel di The Guardian bahawa, “Persembahan Mikkelsen yang lebih subtle membuat Grindewald kelihatan lebih berbahaya daripada sewaktu dilakonkan Depp”

Robbie Cullen dari The Telegraph juga turut kongsi pendapatnya, “Sepatutnya, Warner Bros memilih Mikkelsen dari awal sekali.”

Manakala Caroline McGinn dari Time Out berpendapat bahawa Mikkelsen merupakan pengganti cukup sempurna untuk Depp dalam siri Fantastic Beasts.

Sumber: Fantastic Beats: The Secrets of Dumbledore

“Walaupun persembahan Depp yang menyerupai seorang ketua kultus berambut liar dan aneh adalah baik-baik saja, lakonan Mikkelsen lebih berjaya dalam menghasilkan satu watak yang terasa lebih mengancam kerana dia mempunyai daya tarikan yang boleh memanipulasi khalayak ramai.”

Apakah pendapat anda? Adakah betul bahawa Mads Mikkelsen lebih berjaya membawa watak Grindewald atau tidak?

Saksikan tayangan Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore di pawagam pada 14 April 2022.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca