Tidak Pernah Dibuat Orang, Spageti Masak Lemak Cili Api John Aminah Ini Buat Orang Ramai Kecur Liur

Masyarakat kita memang terlampau kreatif terutamanya dengan perkara yang melibatkan makanan. Buktinya, ada sahaja makanan yang menjadi tular dan mencuri perhatian ramai dari masa ke masa. Kuasa tular selalunya menyebabkan orang beratur panjang untuk mendapatkan makanan tersebut. Jika apa-apa resipi pula yang tular, ada yang tidak pernah masuk dapur tiba-tiba bertukar kerjaya menjadi chef kerana tergoda dengan foto yang dikongsikan orang ramai.

Sumber: Twitter @nrmshh

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsi foto makanan yang cukup rare dan tidak pernah dibuat orang iaitu Spageti Masak Lemak Cili Api. Umum mengetahui bahawa spageti merupakan makanan ruji masyarakat Itali dan ia selalunya dimakan bersama sos bolognese atau carbonara.

Masak lemak cili api pula merupakan juadah yang cukup terkenal di Negeri Sembilan. Kata orang, bukan orang Nogori kalau tak makan masak lemak cili api. Menariknya, apa yang dikongsikan oleh @nrmshh di akaun Twitter miliknya itu adalah kombinasi dua menu ini yang cukup berbeza asal usulnya.

Keunikan menu ini sekali gus membuatkan ciapan tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warga Twitter. Rata-rata teruja dengan kombinasi makanan dari dua benua ini dan menyifatkan individu di sebalik penciptaan menu tersebut sebagai seorang yang cukup genius.

Berikut kami kongsikan beberapa reaksi daripada pengguna laman sosial itu tentang Spageti Masak Lemak Cili Api:

Dalam pada itu, hasil tinjauan kami di ruangan komen mendapati bahawa hidangan ini merupakan menu di sebuah restoran yang cukup terkenal dengan menu masakan Barat khususnya di kawasan Lembah Klang iaitu Mios Kitchen.

Difahamkan, hidangan yang cukup rare ini merupakan menu terbaharu mereka yang diberi nama John Aminah. Menurut ciapan daripada Twitter rasmi restoran tersebut, John dan Aminah merupakan pasangan suami isteri dan resipi Spageti Masak Lemak Cili Api ini dicipta oleh mereka sendiri.

Team Lejen Digital juga berpeluang untuk menemu bual pemilik Mios Kitchen sendiri untuk bertanya lanjut tentang menu unik ini. Menurut Encik Mior, ada kisah di sebalik bagaimana boleh tercetusnya menu tersebut. Semuanya bermula apabila John dan Aminah yang berasal dari dua budaya yang berbeza bereksperimen dengan makanan untuk lebih mengenali hati budi masing-masing.

Memandangkan John berasal dari United Kingdom, sudah tentu lidahnya tidak dapat menerima tahap kepedasan masak lemak cili api hasil air tangan Aminah yang memang orang jati Negeri Sembilan. Kesudahannya, mereka sepakat untuk menggabungkan kedua-duanya sekali. Kata orang, biar adil dan semua puas hati. Maka, terjadilah Spageti Masak Lemak Cili Api.

Walau bagaimanapun, Spageti Masak Lemak Cili Api dan hidangan-hidangan yang diilhamkan daripada kisah John dan Aminah ini merupakan menu bermusim (seasonal menu) dan hanya boleh didapati sehingga bulan Oktober ini sahaja. Antara menu lain yang direka sendiri oleh pasangan ini termasuklah Spageti Kari Aminah, Rendang Beef Burrito dan banyak lagi.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Mios Kitchen, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Laman web: www.mioskitchen.com

Instagram: www.instagram.com/mioskitchen_official

Twitter: twitter.com/mioskitchen

Facebook: www.facebook.com/MIOSKITCHENOFFICIAL

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca