Selalunya, setiap kali pesakit berjumpa dengan doktor, pasti mereka akan diberi ubat yang dikhaskan untuk penyakit yang dihidapi.
Namun begitu, preskripsi yang diberikan oleh seorang doktor ini cukup lain daripada yang lain di mana dalam preskripsi tersebut, dia telah menulis larangan supaya pesakitnya itu menjauhi permainan Fortnite dan Minecraft.
Doktor Amir Khan telah berkongsi insiden ini menerusi laman Twitternya. Dia mencoret yang dia telah memberi ‘ubat’ terbaik buat pesakitnya itu.
The best prescription I gave today was to an 11yr old lad
“No Minecraft or Fortnight for two weeks, doctors orders!”
Addictive computer games impacting his life
I even wrote it on a prescription pad and signed it! Good luck to the pharmacist who gets that!😂#ThursdayThoughts
— Dr Amir Khan GP (@DrAmirKhanGP) March 28, 2019
Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet dan rata-rata terhibur dengan coretan itu. Sememangnya, apa yang Doktor Amir Khan lakukan itu memang betul. Main game memang tak salah tapi bila dah ketagih, ia boleh mendatangkan impak negatif terhadap diri sendiri.