Tidak Pernah Cuci Rambut Selama 40 Tahun, Warga Emas Ini Percaya Ia Adalah Rahmat Tuhan

Berapa kerap anda mencuci rambut dengan syampu? Seminggu sekali atau setiap hari? Mungkin ada juga yang sudah terbiasa mencuci rambut mereka setiap kali mereka mandi.

Jarang kita dengar orang yang tak cuci rambut langsung. Kepala akan jadi gatal-gatal dan kita akan kelihatan seperti monyet apabila menggaru kepala yang gatal itu. Dalam erti kata lain, memang tidak selesa kalau tak cuci rambut selama beberapa hari.

Percaya atau tidak, wujud individu yang tidak mencuci rambutnya selama 40 tahun. Lelaki yang dikenali sebagai Sakal Dev Tuddu ini mengatakan bahawa rambutnya yang berukuran 182 sentimeter panjang itu adalah rahmat daripada Tuhan.

Sakal yang sudah berusia 63 tahun ini memberitahu Tuhan telah mengarahkannya untuk tidak memotong rambut di samping menyuruhnya berhenti minum dan merokok.

Dia juga menerima julukan Mahatma Ji daripada jirannya di daerah Munger di negeri Bihar, India sebagai tanda hormat.

Bagi menjamin kebersihan rambutnya serta keselesaan dirinya, Sakal akan mengikat rambut panjang persis Rapunzel itu dengan kain putih setiap kali dia keluar. Dia berbuat demikian bagi memastikan ia tidak terkena lantai. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diikat, tidak semena-mena pula rambutnya akan ‘sapu’ lantai.

Pada masa yang sama, ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk bertemu dan bergambar dengannya kerana dia juga dikenali sebagai penyembuh dalam kalangan masyarakat India.

Sakal yang pernah bekerja di jabatan perhutanan selama 31 tahun tinggal bersama dengan isterinya iaitu Rupiya Devi dan enam orang anaknya serta tujuh orang cucu. Menurut Sakal, isteri kesayangannya itu langsung tiada masalah dengan keadaan rambutnya.

Ada tak pembaca di sini yang berani untuk tampil dengan rambut sebegini? Jimat duit kerana tidak perlu beli syampu!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca