“Tidak Perlu Panggil Harry Dan Meghan ‘Yang Mulia’ Lagi.” – Ratu Elizabeth

Pasangan Diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle kini tidak lagi memegang gelaran His Royal Highness dan Her Royal Highness (Yang Mulia) selepas kedua-duanya mengambil keputusan untuk menarik diri daripada tugas-tugas Diraja dan mahu hidup berdikari.

Terdahulu, pasangan itu membuat kejutan apabila memaklumkan mereka bersama anak yang diberi nama Archie bakal menetap di Amerika Utara dan berhasrat untuk menjana pendapatan serta mengeluarkan perbelanjaan sendiri termasuklah membiayai kos keselamatan mereka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Buckingham, pasangan itu juga dikehendaki membayar semula Geran Kedaulatan (Sovereign Grant) di mana ia merupakan wang yang diperoleh Ratu Elizabeth menerusi pembayaran cukai rakyat setiap tahun yang digunakan untuk mengubahsuai kediaman rasmi mereka di London, Frogmore Cottage bernilai sekitar RM10.8 juta.

Memetik laporan Astro Awani, Ratu Elizabeth II melahirkan rasa senang hati baginda dengan keputusan yang diambil pasangan itu.

“Selepas mengadakan perbincangan selama berbulan-bulan, beta gembira kerana mereka telah menemui langkah yang sewajarnya untuk membesar dan menyara hidup berkeluarga dengan baik,” kata Ratu Britain, Elizabeth II menerusi satu kenyataan.

“Harry, Meghan dan Archie akan sentiasa berada dalam ingatan saya dan saya sentiasa menyayangi mereka,” jelas baginda.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan mereka kepada negara, Komanwel dan sebagainya,” ujar baginda lagi.

Menurut sumber Diraja, Harry akan turut melepaskan tiga jawatan ketenteraan dan duta belia Komanwel.

Untuk baca artikel lain mengenai Putera Harry dan Meghan Markle, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca