Tidak Perlu Ke Jepun, Keindahan Bunga Tekoma Kembali Warnai Kedah

Sekiranya menikmati pemandangan indah bunga sakura di Jepun termasuk dalam bucket list, anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk ke Jepun selepas ini!

Sebagai rekod, anda boleh menikmati fenomena bunga tekoma atau lebih dikenali sebagai sakura Kedah di Alor Setar pada sekitar bulan Mac setiap tahun. Menarik, bukan?

Sumber: Rileklah

Untuk pengetahuan anda, istilah hanami membawa maksud melihat bunga. Dalam konteks budaya Jepun, hanami pula memberi makna berseronok sambil menikmati keindahan bunga sakura yang kembang penuh.

Untuk dijadikan cerita, anda boleh ber-hanami di Kedah sekiranya anda tidak berkesempatan untuk menikmati pemandangan bunga sakura di negara matahari terbit itu.

Apa yang lebih menarik ialah landskap ibu negeri Kedah itu berubah dalam sekelip mata apabila pokok tekoma ataupun nama saintifiknya tabebuia rosea mula mengeluarkan bunga berwarna merah jambu dan putih.

Sekiranya anda mahu tahu, ramai orang akan hadir dalam acara tahunan ini untuk mengambil gambar tekoma di sekitar bandar Alor Setar sepanjang Jalan Kuala Kedah, Jalan Langgar dan Jalan Yan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) iaitu Datuk Mohd Zohdi Saad berkata terdapat 2,720 pokok tekoma setakat ini.

Walau bagaimanapun, pihak MBAS mempunyai perancangan untuk menanam lebih banyak pokok ‘Sakura Kedah’ ini di Jalan Kuala Kedah pada bulan Jun nanti.

Apa-apa pun, Datuk Mohd Zohdi mengesahkan kepada The Star, “Pokok tekoma akan mekar dari bulan Februari hingga April tetapi tempoh puncak mekarnya adalah bulan Mac.” 

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan destinasi pelancongan menarik di negeri Kedah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca