Tidak Perlu Guna Pam, Ini Cara Cuci Sinki Tersumbat Dengan 3 Bahan Di Dapur

Setiap orang pasti pernah berdepan dengan masalah sinki tersumbat terutamanya mereka yang selalu masak dan makan di rumah. Ini kerana setiap hari, pasti ada sahaja pinggan mangkuk dan periuk belanga yang perlu dibasuh.

Kadang-kadang, ada yang bertindak membuang sisa makanan dan lebihan minyak masak ke dalam sinki. Sebenarnya, inilah antara punca utama kenapa sinki boleh jadi tersumbat.

Sekiranya anda merupakan salah seorang yang sering menghadapi masalah sinki tersumbat, penting sebenarnya untuk lakukan operasi pembersihan sekurang-kurangnya tiga kali setahun supaya masalah itu tidak menjadi semakin teruk dan berulang pada masa akan datang.

Dengan hanya bermodalkan kurang dari RM10, berikut kami kongsikan bahan-bahan dan cara-cara untuk bersihkan sinki tersumbat:

Bahan-bahan:

  • Cuka
  • Soda bikarbonat
  • Air panas mendidih

Cara-cara:

1. Pertama sekali, anda perlu tabur soda bikarbonat ke dalam lubang sinki dengan jumlah yang banyak

2. Biarkan seketika sekitar 10-15 minit

3. Kemudian, curahkan cuka ke dalam lubang sinki dan anda perlu berhati-hati kerana ia akan mengeluarkan asap akibat daripada tindak balas soda bikarbonat dengan cuka

4. Biarkan selama 10 minit

5. Akhir sekali, curahkan air panas yang mendidih ke dalam lubang sinki

Hasilnya, anda akan dapat lihat air mengalir dengan lancar sekali dan sinki tidak lagi tersumbat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca