Tidak Perlu Cari Lain, 1 Produk ‘Skincare’ Ini Mampu Atasi Semua Masalah Kulit

Masalah kulit muka bukan sahaja akan buat ramai orang kurang yakin dengan diri sendiri tetapi ia juga boleh meninggalkan impak yang negatif terhadap emosi anda sepanjang hari. Apabila bercerita tentang masalah kulit, ramai orang akan jadi tidak senang duduk kerana ada yang berkata mereka telah cuba pelbagai jenis produk skincare terbaik untuk atasi semua masalah kulit tetapi hasilnya tetap sama.

Kulit mereka bukannya berubah menjadi lebih baik tetapi sebaliknya. Oleh itu, Dr. Irma Skincare memperkenalkan produk terbaharu mereka iaitu Dermoseries yang bakal dilancarkan pada 10 Jun ini. Jadi, kami akan kongsikan secara lebih terperinci tentang apa itu Dermoseries menerusi artikel ini:

Apa itu Dermoseries dan bagaimana ia dapat membantu atasi masalah kulit?

Dermoseries mampu menyihatkan semula kulit bermasalah dengan memulihkan skin barrier anda. Skin barrier ini lah yang akan menjaga kelembapan dan sekali gus menghalang kulit anda daripada menjadi kering.

Menurut perkongsian Fyza Shah di laman Facebook beliau, satu cara untuk kenal pasti sama ada skin barrier anda rosak atau sebaliknya adalah apabila kulit muka mula jadi gatal, pedih dan tidak selesa.

Sumber: Kabulish.com

Selain itu, kulit anda juga akan kering, ketat, terbakar, bersisik dan merekah sekiranya lapisan paling atas kulit sudah terganggu teruk. Kulit juga akan kelihatan kusam dan terasa kasar. Jadi, macam mana Dermoseries akan membantu untuk memulihkan skin barrier semula?

Satu perkara yang pasti, kandungan produk Dermoseries ini selamat dan suci untuk digunakan dan ia tidak akan beri apa-apa kesan sampingan pada wajah.

Ini kerana Dermoseries yang lengkap bersama Dermoklin (pencuci muka) dan Dermoscreen (sunscreen dan pelembap kulit) telah diformulasi tanpa menggunakan bahan-bahan seperti SLS, parabens, pewarna dan pewangi. Jadi, kulit anda memang tidak akan pedih selepas pakai produk ini.

Jenis dan masalah kulit

Menurut laporan Eh!, berikut adalah tujuh masalah kulit yang dialami oleh ramai orang:

  1. Kulit mengelupas

2. Kulit kemerahan

3. Rosacea

Rosacea ialah kulit kemerahan yang berpunca daripada tekanan, makanan pedas, wain merah atau perubahan suhu.

4. Jerawat

5. Kulit sensitif

6. Kulit gatal

7. Ruam

Oleh itu, Dr. Irma Skincare memperkenalkan produk skincare terbaik iaitu Dermoseries untuk atasi semua masalah kulit seperti yang dinyatakan di atas.

Siapa yang boleh menggunakan Dermoseries keluaran Dr. Irma Skincare?

  1. Semua lapisan umur dan jenis kulit

2. Remaja yang batu mahu jinak pakai produk penjagaan kulit

3. Individu yang kulit mereka rosak selepas pakai produk penjagaan kulit yang mengandungi merkuri

4. Pesakit yang baru sahaja menjalani rawatan laser

Kelebihan dan keberkesanan Dermoseries

Turut dikenali sebagai acid mantle, moisture barrier dan protective barrier, lapisan paling atas ini juga akan melindungi kulit anda daripada bahan-bahan yang mengakibatkan iritasi.

Namun, anda tidak perlu risau kerana lapisan atas kulit ini juga mampu pulih semula walaupun ia akan ambil sedikit masa. Untuk pengetahuan anda, skin barrier sudah dibaiki sekiranya kulit anda semakin sihat, cerah, lembap, awet muda, anjal, tidak rasa ketat dan tegang.

Berbalik kepada kelebihan dan keberkesanan Dermoseries sebagai produk skincare terbaik, kulit anda akan terus lembut walaupun ia baru kali pertama pakai pencuci muka dan pelembap kulit ini. Kulit yang kering akan menjadi lebih lembap sekiranya anda pakai set Dermoseries secara konsisten.

Kulit yang berminyak juga akan kurang berminyak apabila anda menggunakan produk penjagaan kulit ini secara konsisten. Dalam erti kata lain, ia mampu atasi semua masalah kulit termasuk hilangkan parut jerawat dengan pantas.

Cara pembelian Dermoseries

Sempena pelancaran Dermoseries pada 10 Jun 2021 (Khamis), Dr. Irma Skincare memberikan promosi istimewa yang berlangsung dari 6 petang sehingga 11 malam.

Dalam tempoh berikut, semua pembeli akan dapat 1 botol pencuci muka Dermoklin dan pelembap kulit Dermoscreen serta free gift seperti:

  1. Pelitup muka

2. Dermoserum 5ml

3. Semua sampel produk

Dermoseries ini pula akan jadi milik anda pada harga RM160 sahaja. Bagi 10 pembeli terawal, anda akan dapat Snowmagic Cream yang berharga RM75. Snowmagic Cream ialah krim pelembap yang akan buat kulit anda sejuk dan tidak berasa pedih.

Selain itu, Snowmagic Cream ini juga akan kekalkan kelembapan tanpa buat kulit anda terlampau berminyak. Niacinamide dalam krim itu juga boleh merawat kulit berjerawat, berkedut, kemerahan dan jeragat.

Kulit juga akan jadi lebih lembut dan anjal. Apa yang lebih menarik tentang Snowmagic Cream ini adalah ia sangat sesuai digunakan sebagai krim malam bagi yang tidur dalam bilik yang mempunyai pendingin hawa dan menetap di tempat beriklim kering atau sejuk.

Terlajak berbaloi kan?

Jadi, jom rebut peluang lumayan ini untuk dapatkan produk skincare terbaik Dermoseries berserta promo-promo gempak pada 10 Jun ini dari 6 petang sehingga 11 malam dengan mendaftar di borang senarai pembelian ini untuk menjadi orang terawal bagi menikmati promosi berkenaan.

Dalam pada itu, Dr. Irma Skincare ialah sebuah jenama produk penjagaan kulit wajah dan kecantikan yang diasaskan oleh seorang doktor iaitu Dr. Irma Shida. Anda boleh ikuti Dr. Irma di laman Twitter dan Instagram beliau untuk pelbagai perkongsian menarik tentang kecantikan dan pergigian.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca