Search
Close this search box.

Tidak Perlu Beli Lagi, Wanita Ini Kongsi Resepi Ayam Gunting Ala Uncle Bob

Ayam gunting memang popular dalam kalangan masyarakat kita memandangkan ia enak dimakan pada bila-bila masa sahaja. Tambah lagi bila ia dimakan panas-panas, memang sedap! Antara jenama ayam gunting yang menjadi kegemaran ramai ialah Uncle Bob. Nampak sahaja gerai Uncle Bob di tepi jalan, pasti meleleh air liur dibuatnya.

Namun begitu, harga untuk ayam gunting ini boleh dikatakan agak mahal kerana modal untuk membuatnya sebenarnya sangat rendah. Malah, ia boleh dibuat sendiri di rumah.

Berikut kami kongsikan resepi ayam gunting ala Uncle Bob yang menjadi tular di laman Facebook. Resepi ini dikongsikan oleh seorang pengguna laman berkenaan yang dikenali sebagai Zaitun Abd Hamid.

Bahan-bahan untuk membuat ayam gunting ala Uncle Bob


1. Bahan perapan

  • Dada ayam (dipotong nipis)
  • 4 sudu sos tiram
  • 4 sudu serbuk BBQ atau sos lada hitam jenama Kimball
  • Sedikit jus perahan lemon atau limau

2. Bahan saduran

  • Tepung serba guna pedas atau original (Tepung Bestari)
  • Tepung ubi atau tepung beras
  • Sedikit serbuk roti

3. Bahan perasa

  • Serbuk cili
  • Serbuk lada putih

Cara-cara membuat ayam gunting ala Uncle Bob

1. Gaulkan bahan perapan dengan ayam dan perapkan selama satu jam.

2. Dalam mangkuk besar, gabungkan kesemua bahan saduran dan gaul sehingga sebati.

3. Salutkan ayam dengan bahan saduran. Tumbukkan ayam dengan lesung batu untuk memastikan tepung melekat dengan padat.

4. Apabila ayam sudah siap disalut, gorengkan ayam sehingga perang keemasan. Angkat dan toskan.

5. Taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili sebaik sahaja ayam sudah digoreng.

Apabila ayam anda sudah selesai digoreng dan ditabur dengan perisa, anda cuma perlu gunting ikut saiz yang anda mahukan. Mudah, bukan?

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba!

Artikel Lain Untuk Di Baca