Tidak Percaya Hantu Wujud, Lelaki Ini Sanggup Berhabis Duit Beli Laci Lama Yang Dikatakan Berhantu

Tidak semua orang di dunia ini percaya akan perkara mistik. Ada yang berpendapat bahawa ia adalah mengarut semata-mata.

Begitu juga dengan dua lelaki ini di mana mereka sanggup menghabiskan duit sebanyak AS$1,000 (RM4,100) untuk ‘berjumpa’ dengan hantu itu sendiri. Jumlah tersebut digunakan mereka untuk membeli sebuah laci lama dan katil yang dikatakan berhantu.

Laci vintaj yang dipercayai wujud sejak tahun 1950-an itu dilelong bersama dengan sebuah katil di kedai barangan terpakai ReStore di Amerika Syarikat.

Menurut laporan Metro UK, satu nota amaran turut diletakkan bagi memaklumkan ‘tuan’ baharu perabot itu tentang kisah mistik di sebaliknya. Terdahulu, pemilik perabot berkenaan mengalami mimpi buruk berterusan apabila laci tersebut berada di dalam kamarnya. Malah, dia juga mendakwa bahawa anjingnya tidak berhenti menyalak di depan laci berkenaan.

Gambar nota amaran itu turut dimuat naik di media sosial. Menurut pemilik kedai tersebut iaitu Elizabeth Brady, ia bukanlah untuk publisiti namun perkara tersebut menjadi tanggungjawab mereka bagi memaklumkan sejarah di sebalik perabot berkenaan kepada pembeli.

Apa agaknya yang dilalui oleh pemilik baharu perabot berkenaan? Adakah mereka akan percaya dengan kewujudan makhluk halus selepas ini?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca