Tidak Peduli Dengan Kecaman, Isma Yusoof Akui Dirinya Transgender Secara Terbuka

Baru-baru ini, pelakon dan pengarah, Isma Yusoof dijadikan topik perbualan di media sosial selepas beliau tampil mengaku dirinya adalah seorang pondan atau transgender.

Perkara tersebut tular selepas beliau berkongsikan pengakuan secara terbuka melalui satu hantaran video dengan kapsyen “Saya bangga saya PONDAN. Saya hanya tertarik kepada Lelaki Maskulin. Insyaallah.” menerusi akaun Instagram miliknya.

Menurut Isma, perkataan pondan merujuk kepada orang yang bersifat seperti jantina disebaliknya atau lelaki yang bertingkah laku atau berpakaian seperti perempuan dan sebaliknya.

Difahamkan ramai yang tidak mengetahui hal tersebut kerana dikaburi oleh lakonannya yang sering membawa watak lelaki sejati.

Let me tell you straight guys, ya saya memang pondan, saya pondan dari kecil sejak azali. Kalau anda tengok gambar-gambar Isma masa kecil memang dah pose tu macam dah pondan atau perempuan dah.

“Cuma korang ni korang based on lakonan Isma tau. Of course la bila Isma masuk dalam industri, watak-watak yang diberikan watak straight,” kongsinya.

Menerusi hantaran tersebut juga Isma menjelaskan bahawa beliau sudah selesa dengan keadaan dirinya ketika ini dan tidak akan mengubah penampilannya.

“Dengan mengatakan saya accept (menerima keadaan diri), saya mengaku saya tidak mempunyai perasaan kepada wanita dalam diri saya adalah wanita, jadi tarikan seksual saya adalah kepada lelaki,” tambahnya lagi.

Susulan daripada pengakuan tersebut, Isma berharap agar orang ramai tidak lagi mempersoalkan tentang keadaan fizikalnya seperti suaranya dan lain-lain yang berkenaan.

Pelakon tersebut turut menjelaskan bahawa beliau bangga dengan dirinya dan pada masa yang sama memberi peluang kepada dirinya untuk berbakti kepada keluarganya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca