Tidak Peduli Arahan ‘Lockdown’, 100,000 Hadir Pengebumian Maulana Jubaer

Menurut laporan, puluhan ribu umat Islam di Bangladesh ingkar perintah berkurung di negara itu apabila mereka menghadiri pengebumian Maulana Jubaer Ahmed Ansari, pemimpin Pertubuhan Islam Khelafat Majlish.

Polis mengatakan kira-kira 100,000 orang hadir di perhimpunan tersebut di daerah Brahmanbaria pada Sabtu yang lepas.

“Kami hanya merancangkan upacara pengebumian yang kecil berdasarkan garis panduan kerajaan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan.

Namun, orang ramai berhimpun tanpa pengetahuan kami. Kami tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku,” kata Pengetua Madrasah Jamia Rahmania, Mufti Mubarrok Ullah.

Menurut Supt Alamgir Hossain, pihak polis cuba menggesa orang ramai supaya melakukan penjarakan sosial, namun situasi menjadi semakin di luar kawalan.

Susulan itu, pihak polis Bangladesh telah menggantung perkhidmatan beberapa anggota polis di daerah tersebut kerana gagal mengawal perhimpunan.

Untuk rekod, Bangladesh telah melaksanakan perintah berkurung sejak 26 Mac yang lalu. Pihak kerajaan juga turut melarang lebih lima orang berjemaah di masjid pada satu masa yang sama.

Namun begitu, penguatkuasaan perintah berkurung ke atas 160 juta penduduk negara ini yang dijadualkan berakhir 25 April dianggap semakin mencabar.

Menurut Kementerian Kesihatan Bangladesh, jumlah jangkitan telah meningkat kepada 2,200 dengan 84 angka korban setakat Sabtu. Namun begitu, kadar saringan yang dilakukan masih lagi rendah di negara itu.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca