Search
Close this search box.

“Tidak! Mereka Tidak Pandai Cari Makanan Sendiri.” – Lelaki Ini Tawarkan Khidmat Jagaan Kucing

Tidak semua orang sanggup mengutip, menyelamatkan dan merawat kucing terbiar yang kotor dan berbau busuk apatah lagi berhabis wang ringgit demi memberi ‘nyawa’ baru kepada haiwan yang ditemui di jalanan. Bukankah lebih mulia sekiranya anda berbuat baik dengan menghantar kucing-kucing tersebut kepada pusat jagaan haiwan supaya ia tidak terbiar begitu sahaja?

Pusat perlindungan atau penjagaan haiwan ini kebanyakannya bukan daripada badan kerajaan. Kebiasaannya idea ini dicetuskan oleh pencinta haiwan yang berusaha untuk menempatkan haiwan-haiwan terbiar di tempat yang selamat dan selesa.

Di bawah merupakan akaun Twitter pusat jagaan kucing yang dikendalikan oleh seorang lelaki, di mana beliau membuka ruang kepada semua masyarakat yang tidak mampu untuk membela kucing supaya menghantar kucing tersebut di pusat jagaan miliknya.

https://twitter.com/PusatJagaanMeow/status/1099300680756383749?s=19

Selain itu, menerusi akaun Twitter, beliau akan membuka booth di merata tempat untuk menyerahkan kucing-kucing tersebut secara percuma kepada tuan baru yang sanggup menjaganya.

https://twitter.com/PusatJagaanMeow/status/1099886434117312512?s=19

https://twitter.com/PusatJagaanMeow/status/1099845627213742080?s=19

https://twitter.com/PusatJagaanMeow/status/1098745390474571776?s=19

Jadi, kepada anda yang melihat mana-mana kucing jalanan yang berada dalam keadaan kesakitan, kelaparan, dan tidak terurus, bolehlah membawa kucing tersebut ke pusat jagaan di atas. Hal ini kerana, untuk memastikan haiwan itu merasai kehidupan yang lebih sempurna.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca