Tidak Memakai Pelitup Muka, Lelaki Menembak Juruwang Di Kedai Runcit

tidak-memakai-pelitup-muka-lelaki-menembak-juruwang-di-kedai-runcit

Baru-baru ini, berlaku kejadian tembakan susulan di sebuah kedai runcit melibatkan seorang juruwang maut dipercayai berpunca daripada pemakaian pelitup muka di Georgia, Amerika Syarikat.

Insiden terbabit yang berlaku pada Isnin menyebabkan dua individu termasuk seorang anggota polis turut tercedera.

Menurut kenyataan daripada Biro Penyiasatan Georgia (GBI), suspek, Victor Lee Tucker berusia 30 tahun, mengunjungi kedai runcit itu tanpa memakai pelitup muka. Memetik laporan ABC News.

Kemudian, dia terlibat dalam satu pertengkaran dengan juruwang sebelum meninggalkan premis terbabit.

“Tanpa membeli apa-apa, Tucker meninggalkan kedai terbabit. Namun, dia kembali bersama sepucuk pistol lalu menembak juruwang berkenaan,” tambah kenyataan itu.

Difahamkan, secara kebetulan, seorang anggota polis tidak bertugas berada di dalam kedai runcit terbabit lalu melepaskan tembakan ke arah Tucker.

Sumber: Twitter (@GBI_GA)

Menurut GBI, Tucker kemudiannya membalas tembakan anggota polis terbabit yang mengakibatkan seorang juruwang turut terkena.

Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital Grady Memorial semasa menerima rawatan lanjut. Dilaporkan juga bahawa anggota polis yang tercedera bersama juruwang lain dalam keadaan stabil.

Bagi tindakan lanjut, Tucker ditahan dan dibawa ke balai polis Georgia.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca