Tidak Memakai Pelitup Muka, ‘Influencer’ Ini Dikenakan Kompaun RM1,500

Seorang instafamous telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana didapati tidak memakai pelitup muka dalam sebuah video adegan raya yang turut melibatkan seorang anggota polis berpakaian uniform yang telah dimuat naik di akaun media sosialnya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali memberikan kenyataan bahawa kompaun telah dikenakan kerana instafamous tersebut melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara itu dikeluarkan selepas lelaki terbabit hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Beliau juga memaklumkan pihaknya mengesan video tersebut dimuat naik oleh individu tersebut pada jam 9:15 malam, Ahad lalu dan semakan mendapati lokasi adegan raya itu dilakonkan adalah di Bukit Rimau, Presint 3.

Mohd Fadzil turut menyatakan bahawa video tersebut melibatkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terbabit dalam adegan lakonan tersebut berpakaian lengkap uniform.

Beliau juga berkata, dalam video berkenaan, individu terbabit tidak memakai pelitup muka selain mempersendakan alasan-alasan yang diberikan bagi tujuan rentas negeri.

Menurut beliau, dua anggota polis serta seorang anggota tentera yang turut serta dalam pembikinan video tersebut, sedang bertugas dalam pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan IPD Putrajaya.

Anggota terbabit memaklumkan bahawa dia tidak pernah membenarkan video tersebut dirakam atau dikeluarkan dan tiada sebarang bayaran atau sagu hati diterima oleh pihak polis dalam hal ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca