Tidak Mampu Lagi Untuk Menanggung Kesakitan, ‘Lelaki Pokok’ Ini Rayu Agar Tangannya Dipotong

Seorang lelaki Bangladesh yang mendapat julukan ‘Lelaki Pokok’ gara-gara ketumbuhan pada tubuhnya tekad mahu tangannya dipotong. Hal ini demikian kerana dia tidak mampu lagi untuk menanggung kesakitan yang dialaminya itu.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Abul Bajandar telah menjalani sebanyak 25 pembedahan sebelum ini sejak tahun 2016 bagi membuang ‘pokok’ yang terdapat di tangan dan kakinya. Ketumbuhan tersebut adalah disebabkan oleh sindrom yang jarang sekali berlaku.

Terdahulu, doktor percaya bahawa mereka berjaya meletakkan titik noktah buat penyakit itu. Namun begitu, apabila ketumbuhan itu berulang pada tahun lalu, Bajandar dikatakan melarikan diri dari klinik bertempat di Dhaka Mei.

Pada Januari lalu, Bajandar yang berusia 28 tahun itu dimasukkan semula ke hospital kerana keadaannya yang semakin merosot di samping terdapat beberapa ketumbuhan mencecah beberapa sentimeter panjang.

“Saya tidak mampu menanggung kesakitan lagi. Saya tidak boleh tidur malam,” katanya.

“Saya meminta doktor memotong tangan saya supaya saya berasa lega,” pintanya.

Pada masa yang sama, ibu kepada Bajandar iaitu Amina Bibi turut menyokong rayuan anak kesayangannya itu.

“Sekurang-kurangnya dia tak berasa sakit lagi. Ini sudah keterlaluan,” katanya.

Lelaki malang ini menderita penyakit epidermodysplasia verruciformis di mana ia merupakan satu keadaan genetik yang jarang sekali berlaku. Ia juga dikenali sebagai ‘sindrom manusia pokok’.

Menurut Bajandar, dia mahu ke luar negara bagi mendapatkan rawatan yang lebih baik. Namun begitu, kekangan wang untuk menanggung perbelanjaan menjadikan hasratnya itu terkubur.

Sementara itu, ketua pakar bedah plastik di Hospital Kolej Perubatan Dhaka, Samanta Lal Sen mengatakan bahawa tujuh orang doktor akan berbincang mengenai keadaan Bajandar dan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya tanpa perlu memotong tangannya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca