Tidak Mampu Bayar Sewa Rumah, 11 Beranak Ini Sudahnya Tinggal Di Pondok

Sebuah keluarga di Tawau, Sabah terpaksa hidup daif dan serba kekurangan selepas kehilangan punca pendapatan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu. Keadaan itu sekali gus memaksa 11 beranak itu tinggal di sebuah pondok gara-gara tidak mampu untuk membayar sewa rumah.

Pada mulanya, Haimah Ismulin dan sembilan anak mereka dibawa dari Kota Kinabalu ke Tawau kerana majikan suaminya, Maudi mengendalikan projek pembinaan bangunan di daerah tersebut.

Difahamkan, mereka sekeluarga menumpang teduh di penempatan pekerja di tapak pembinaan sebelum diarah keluar dan mencari rumah sewa.

Sumber: Astro Awani

Walau bagaimanapun, akibat tiada pendapatan dan gagal membayar sewa bulanan, mereka sekeluarga telah diusir keluar dan akhirnya membina sebuah pondok menggunakan kanvas terpakai serta kotak sebagai tempat berteduh daripada hujan dan panas.

“Saya minta suami supaya membina sebuah pondok sahaja sebab sudah buntu, tidak tahu hendak duduk mana dan anak-anak menangis minta makanan.

Sumber: Astro Awani

Apabila ada bertanya kenapa anak menangis, saya terpaksa memberitahu anak-anak lapar jadi mereka akan memberi makanan untuk anak-anak makan,” kata Haimah seperti yang dilaporkan Astro Awani.

Tidak cukup dengan itu, anak bongsunya yang berusia setahun tidak pernah berpeluang minum susu seperti bayi lain di luar sana.

“Saya hanya beri anak bongsu minum air gula, sebab saya tidak mampu hendak membeli apa-apa,” katanya.

Cerita Haimah lagi, kesemua anaknya juga tidak dapat dihantar ke sekolah kerana kekangan wang.

“Saya selalu berdoa supaya Allah permudahkan hidup kami sekeluarga dan memberi rezeki makanan untuk anak-anak saya,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani

 Nasib keluarga malang itu mendapat perhatian Persatuan Komuniti Toraja Malaysia, Tawau yang menghulurkan bantuan keperluan harian.

Menurut Timbalan Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu iaitu Alex Dennis, pihaknya akan berusaha sedaya upaya bagi membantu keluarga tersebut.

“Menjadi tanggungjawab sosial kita di persatuan untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa ataupun kaum agama yang lain,” kata Alex.

Benarlah apa yang diperkatakan selama ini. Kadang-kadang, kita rasa hidup kita ini sudah cukup susah. Hakikatnya, masih ada yang jauh lebih susah dan ujian yang mereka terpaksa hadapi jauh lebih berat berbanding kita. Semoga kisah ini dapat membuka mata kita semua supaya menjadi insan yang lebih bersyukur.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa kisah yang hampir sama dengan cerita di atas. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk baca artikel-artikel tersebut:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca