Penampakan yang menyeramkan selepas syif tamat menyebabkan seorang pemandu bas pulang ke rumahnya dalam keadaan kecewa dan keliru.
Memetik laporan Coconuts, satu halaman paranormal yang dikenali sebagai Supernatural Confessions telah memuat naik sebuah video di laman TikTok yang menunjukkan rakaman lembaga hitam itu sedang duduk di tingkat atas dalam bas berkenaan.
Pemandu bas itu kemudiannya nekad naik ke tingkat atas basnya untuk memeriksa sama ada ‘penumpang’ itu masih berada di dalam bas berkenaan tetapi tiada siapa pun yang berada di tempat duduk tingkat atas tersebut.
Insiden itu dipercayai berlaku pada 10 Februari lalu di Singapura tetapi ia tidak dapat dipastikan sama ada rakaman yang ditunjukkan adalah tayangan secara langsung ataupun pra-rakaman.

“Awal pagi dah buat saya takut,” kata pemandu bas itu.
Menerusi rakaman pengawasan bas berkenaan, sistem telah mengesan bahawa tiada seorang pun penumpang yang berada di dalam basnya. Siapa lembaga hitam yang dirakam sedang duduk di tingkat atas bas berkenaan?
Kapsyen dalam video TikTok itu berbunyi, “Lelaki itu perasan seseorang sedang duduk di tingkat atas basnya tetapi dia mendapati bas yang dipandunya itu benar-benar kosong.
Pemandu bas itu memutuskan untuk memeriksa sendiri tingkat atas kenderaan berkenaan tetapi tiada sesiapa pun di sana.”
Sekiranya anda menonton video itu lagi, pemandu bas itu kemudiannya mula mengutuk hantu berkenaan dan berkata bahawa dia hanya melakukan kerjanya sahaja.
Anda boleh tonton video penuh di bawah.
@supernaturalconfessions @Dark Arts Of Syed Wilson shares this chilling footage of a ghostly presence that boarded an empty bus in the wee hours of the morning. Will you dare to watch? Take a look at the white circle when it happens. #Ghosts #Supernatural #scary #hauntedbus
♬ original sound – SupernaturalConfessions – Supernatural Confessions
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: