Tidak Mahu Pakai Baju Solidariti Untuk Ukraine, Pemain Bola Turki Ini Tampil Beri Penjelasan

Selepas menerima kecaman hebat daripada orang ramai kerana tidak mahu memakai kemeja-T Solidariti Untuk Ukraine dalam satu perlawanan, Aykut Demir tampil beri penjelasan di sebalik tindakan tersebut.

Kapten kelab BB Erzurumspor itu merupakan satu-satunya pemain di atas padang yang tidak menyarung kemeja-T Solidariti Untuk Ukraine yang tertera frasa No to War ketika turun menentang MKE Ankaragücü.

Memetik laporan Sport Bible, pemain bola sepak Turki itu hanya memakai jersi rasmi kelab dan tindakan terbabit mencuri perhatian ramai di media sosial.

Aykut berkata dia tidak mahu menggayakan kemeja-T tersebut kerana percaya adanya layanan double standard. Ini kerana Aykut percaya orang ramai menderita setiap hari dan turut memberikan contoh situasi yang dihadapi penduduk di Timur Tengah.

Sumber: Sport Bible

”Beribu-ribu orang meninggal dunia setiap hari di Timur Tengah. Saya juga rasa sedih dan berkongsi kesakitan yang mereka lalui. Mereka yang mengabaikan situasi di sana adalah orang sama memberi perhatian dengan apa yang terjadi di Eropah hari ini.

Saya enggan memakai kemeja-T ini kerana ia tidak mewakili negara-negara itu (Timur Tengah),” jelasnya.

Vladimir Putin mengisytiharkan satu operasi khusus ke atas Ukraine baru-baru ini yang menyaksikan angkatan tentera Rusia dikerah ke wilayah Donetsk dan Luhansk di Ukraine.

Operasi yang didakwa oleh Vladimir sebagai ‘Misi Pengaman’ bagaimanapun menjadi serangan apabila beberapa bandar termasuk ibu negara Ukraine iaitu Kyiv dibom yang menyaksikan ramai orang awam terkorban.

Donetsk dan Luhansk merupakan dua buah wilayah di Timur Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah pro-Rusia. Sebelum Rusia menghantar tentera ke sana, kedua-dua wilayah tersebut mengisytiharkan kemerdekaan daripada Ukraine dan ia telah diiktiraf oleh negara pimpinan Vladimir.

Selain itu, Rusia juga menduduki Crimea sejak 2014 yang pernah menjadi wilayah Ukraine sebelum ini. Apa pendapat anda tentang tindakan Aykut?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca