Tidak Mahu Makan, Budak 6 Tahun Ini Dipercayai Dipukul Oleh Bapa Tiri

Hanya kerana enggan makan makanan yang dibelikan, seorang kanak-kanak perempuan warga asing yang memegang status kad pelarian UNHCR ditemui mati disyaki dipukul oleh bapa tirinya.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di hadapan sebuah kedai makan, di kawasan pusat beli belah Ampang Point, awal pagi isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan MER999 kira-kira pukul 9.50 pagi daripada seorang pengadu seorang wanita yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Katanya, wanita itu memaklumkan polis mengenai pertemuan mayat kanak-kanak di hadapan kedai makan, Jalan Memanda 3, di Ampang Point.

Hasil siasatan mendapati si mati adalah seorang kanak-kanak berambut botak berumur dalam lingkungan enam tahun dan berpakaian lengkap serta ditemui dalam keadaan terbaring di atas bahu jalan.

Mangsa juga adalah pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Noor Azmi berkata berdasarkan maklumat yang diterima, kanak-kanak malang itu dipercayai telah dipukul bapa tirinya kerana enggan makan.

Berikutan itu, operasi mengesan bapa tiri mangsa dilakukan dan tidak sampai setengah jam kemudian, polis menahan seorang lelaki dan dua wanita pemegang kad UNCHR di sebuah hotel di Jalan Memanda 5, Ampang Point, dipercayai lokasi pembunuhan mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan kanak-kanak dipukul, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca