Tidak Mahu Kehilangan Kucing Kesayangan, Wanita Ini Bina ‘Syurga’ Buat Kucingnya Di Rumah

Kebanyakan kucing gemar berkeliaran ke mana-mana sahaja mereka inginkan.

Ia turut membuatkan pemilik kucing risau akan kemungkinan haiwan peliharaan tersebut hilang atau lebih teruk lagi, ditimpa kemalangan.

Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, wanita yang berasal dari Thailand bernama Sasamon Sophin membina rumah besar untuk lima kucing peliharaannya.

Sumber: Facebook

Dibina atas tempat parkir kereta rumahnya, rumah haiwan kesayangan Sasamon yang terletak di Nakhon Pathom ini kelihatan seakan syurga kucing.

Rumah kucing tersebut terdiri daripada sangkar besar dan terdapat atap di atas untuk membolehkan kucingnya berkeliaran dalam sangkar luas itu dengan nikmati udara di luar.

Sumber: Facebook

Menurut laporan SAYS, Sasamon menyatakan bahawa salah satu kerisauan baginya adalah kehilangan kucing kesayangan.

Jadi, beliau mengupah pembina bagi membina rumah kucing tersebut untuk haiwan kesayangannya.

Beliau menjelaskan bahawa rumah kucing itu terletak di aras atas supaya kucingnya tidaklah rasa terlalu panas dan kadang-kadang berangin.

Bila hujan, rumah tersebut kena tempias air hujan sedikit namun ia kering dengan cepat.

Sasamon juga berkongsi yang belakang rumahnya turut menyediakan ruang tambahan bagi kucingnya berkeliaran pada musim hujan.

Sumber: Facebook

Tambahan pula, terdapat beberapa pintu kucing yang membolehkan haiwan peliharaannya itu keluar masuk ke mana-mana bilik di dalam rumah beliau.

Sumber: Facebook

Beliau turut menyediakan tanaman hiasan bersama tangga dan katil kucing untuk mereka bersantai.

Sumber: Facebook

Sasamon berkongsi bahawa kos upah bagi memasang struktur bahagian depan adalah sekitar THB70,000 ke THB80,000 di mana beliau menganggap perkara tersebut sebagai satu pelaburan.

Beliau juga menyatakan harga biasa bagi bahagian tersebut sekitar THB100,000 (RM13,000) atau lebih.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan dengan kucing, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca