Tidak Mahu Jangkiti Orang Lain Dengan COVID-19, Jururawat Itali Ini Bertindak Ambil Nyawanya Sendiri

Daniela Trezzi, seorang jururawat Itali berusia 34 tahun yang bertugas sebagai barisan hadapan di wad ICU Hospital San Gerardo, Lombardy telah membuat tindakan mengambil nyawanya sendiri akibat tekanan perasaan setelah disahkan positif COVID-19.

Lombardy merupakan kawasan yang paling teruk terjejas kerana COVID-19 dengan mempunyai seramai 32,346 kes positif.

Persatuan Jururawat Kebangsaan Itali telah mengesahkan pemergian tragis dan menyedihkan ini. Mereka juga memaklumkan ramai pekerja di bahagian kesihatan di sana dalam keadaan tertekan.

Keadaan Daniela dikatakan semakin membimbangkan setelah beliau disahkan positif COVID-19 pada 10 Mac yang lalu. Namun begitu, difahamkan beliau tidak tertekan kerana penyakit itu, sebaliknya lebih tertekan memikirkan ada kemungkinan beliau akan menjangkiti orang lain.

Untuk rekod, Itali sekarang mempunyai seramai 80,539 kes positif COVID-19 dan 8,165 kes angka korban. Berikutan hal ini, tidak mustahil jika mereka yang bekerja di barisan hadapan mengalami tekanan akibat kerja dan emosi yang tidak stabil.

Apa-apa pun, diharapkan seluruh dunia dapat mengatasi COVID-19 ini bersama-sama dan jalan penyelesaian dapat dijumpai dengan lebih pantas.

Rakyat diminta untuk patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan untuk membantu kerajaan dalam membendung COVID-19 ini daripada terus menular. Selain itu, amalkan kebersihan diri dengan baik sewaktu berada di rumah dan jika perlu keluar memberi barang keperluan asas pastikan ada jarak sosial yang dilakukan.

Untuk membaca artikel lain berkenaan COVID-19 di Itali, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca