Tidak Mahu Ditangkap Pihak Berkuasa, Lelaki Ini Lari Tinggalkan Isteri

Gara-gara takut ditangkap oleh pihak berkuasa, seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 30 tahun nekad tinggalkan isterinya semasa pemeriksaan kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jalan Duta.

Selepas diminta mengemukakan lesen motosikal dan dokumen pengenalan diri oleh pihak penguat kuasa ketika Op Bersepadu, lelaki terbabit yang menunggang motosikal jenis Honda Vario bertindak melarikan diri.

Lelaki tersebut dikatakan berpura-pura membuat panggilan telefon setelah diminta untuk memberhentikan motosikal yang ditunggang bersama isteri.

Lelaki itu kemudiannya melarikan diri sejauh 200 meter menghala ke tengah lebuh raya sebelum berjaya ditahan beberapa anggota penguat kuasa.

Sumber : Berita Harian

Kata Aedy Fadly Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, dalam sidang media, “Semakan lanjut mendapati pasangan suami isteri itu berasal dari Surabaya, Indonesia dan masing-masing tidak mempunyai dokumen sah. Mereka sedang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Segambut.”

Memetik laporan Berita Harian, dalam operasi yang bermula pada jam 8 malam hingga 12 tengah malam tersebut, terdapat 318 notis kesalahan dikeluarkan.

158 kes daripadanya membabitkan kesalahan Lesen Kenderaan Motor, diikuti nombor pendaftaran kenderaan sebanyak 73 kes, cermin gelap (66), kesalahan teknikal (9), kesalahan lampu HID (7) dan cermin sisi (5).

Op Bersepadu ataupun Operasi Bersepadu melibatkan 129 anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca