Tidak Mahu Ada Yang Kecewa, Lelaki Ini Kahwini 2 Wanita Serentak

Kisah lelaki berkahwin lebih daripada satu orang isteri memang sudah biasa didengar. Tetapi lain pula kisahnya apabila seorang lelaki di Semporna, Sabah berkahwin dengan dua orang gadis secara serentak.

Kisah berkenaan mula mendapat perhatian warganet apabila gambarnya bersanding bersama dengan dua orang isteri dimuat naik di laman Facebook.

Foto tersebut dimunaik naik oleh seorang lelaki iaitu Jimmy Jim yang merupakan sepupu kepada pengantin lelaki berkenaan.

“Selamat pengantin baru. Pecah rekod keluarga, sekali kahwin terus dua bini. Tahniah sepupuku. Apa bilang P. Ramlee? Jarang-jarang!” coret Jimmy di kapsyen foto tersebut.

Majlis perkahwinan itu dikatakan berlangsung pada 27 September lalu di Kampung Pukas dekat Semporna.

Difahamkan, pengantin lelaki sudah pun mengikat tali pertunangan dengan seorang daripada gadis yang kini bergelar isterinya itu di Kota Kinabalu sebelum berjumpa dan bercinta dengan seorang lagi gadis sewaktu berpindah kerja di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna.

Gadis berkenaan kemudiannya mengajak lelaki tersebut untuk menamatkan zaman bujang mereka. Pada masa yang sama, tunangnya di Kota Kinabalu juga turut menggesanya berbuat perkara sama. Akhirnya, bagi menjaga hati kedua-dua gadis tersebut, lelaki itu memilih untuk berkahwin secara serentak dengan mereka.

Posting mengenai kisah itu menjadi tular dalam sekelip mata dan kini sudah dikongsi lebih 6,000 pengguna Facebook.

Apa-apa pun, kami doakan agar perkahwinan mereka bahagia hingga ke anak cucu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca