Tidak Lagi Sensitif, Iklan Raya Daripada Syarikat Judi Kedua Pula Muncul

Belum lagi reda isu syarikat judi mempromosikan aktiviti judi bersempena Hari Raya Aidilfitri secara terang-terangan, muncul pula sebuah lagi syarikat yang mengajak orang ramai berjudi melalui iklan raya.

Menerusi muzik video raya daripada syarikat yang bernama IBC003 ini, dapat dilihat memaparkan jalan cerita sama seperti video sebelum ini di mana pelakon dengan imej Muslim mengalami masalah wang sehinggalah mencuba judi bagi meraih wang lumayan untuk beraya bersama pasangan.

Iklan yang dituju kepada perayaan umat Islam ini nyata membuatkan rata-rata warganet bengang melihatkan judi dipromosikan dengan bebas tanpa mengira sensitiviti umat Islam.

Sumber: Vocket

Berikutan itu, para warganet bersetuju untuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap pihak produser, pelakon serta syarikat judi berkenaan agar isu ini tidak berlaku lagi.

Pihak polis telahpun membuka kertas siasatan susulan satu laporan polis dibuat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengenai isu iklan raya yang dibuat oleh syarikat judi GDBet333.

Sebelum ini, kami ada menulis tentang isu syarikat judi terdahulu mempromosikan judi sempena Raya, untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca