Tidak Lagi Menerima Elaun Mingguan, Lelaki Ini Saman Ibu Bapanya

Seringkali apabila kita sudah meningkat dewasa dan punyai kerjaya sendiri, kita yang akan membantu dalam menanggung perbelanjaan ibu bapa.

Namun, lain pula ceritanya apabila seorang bekas peguam di London bernama Faiz Siddiqui memilih untuk memfailkan saman mahkamah terhadap ibu bapanya.

Beliau yang berumur 41 tahun itu berbuat demikian terhadap ibu bapanya yang kaya-raya bagi menuntut mereka untuk menanggung perbelanjaan beliau seumur hidup.

Sumber: Times Now

Difahamkan beliau kini menganggur dan tidak lagi menerima elaun mingguan daripada ibu bapanya yang bernilai $550 (RM2,263.53) disebabkan pertengkaran yang berlaku baru-baru ini.

Sebelum ini, Faiz yang merupakan peguam lulusan Universiti Oxford itu turut diberikan sebuah apartmen di Hyde Park, London oleh ibu bapanya yang bernilai $1.4 juta (RM5.8 juta) dan menetap di situ secara percuma.

“Ibu bapanya sudah lama bertahan dan tahu apa yang terbaik untuk anak mereka dan boleh membezakan antara keperluan dan kehendak,” kata peguam bela mewakili ibu bapa Faiz.

Malah saman yang dibuat Faiz ini dilaporkan saman buat kali kedua terhadap ibu bapanya.

Menurut laporan, ini bukanlah kali pertama Faiz menjadi perhatian media di mana beliau pernah memfailkan saman terhadap Universiti Oxford, mendakwa universiti berkenaan menghalang beliau memperoleh ijazah serta memberi kesan kepada kerjaya beliau sebagai peguam.

Tuntutan saman beliau yang bernilai $1.4 juta (RM5.8 juta) itu walau bagaimanapun telah ditolak oleh mahkamah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca